BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ABSTRAK
Dalam kertas kerja ini menjelaskan peranan seorang kaunselor perlu
mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling kerana ia adalah perkara
yang penting serta diaplikasi ketika sesi kaunseling dijalankan. Kemahiran-kemahiran
asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seorang kaunselor ialah kemahiran pra
sesi, kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana persekitaran,
kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parfrasa atau menyatakan semula,
meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran refleksi, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran merumus dan pelbagai kemahiran yang disediakan untuk
diguna pakai dalam sesi kaunseling. Kaunselor hendaklah mempelajari dan
memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses membantu klien berpandukan
kesesuaian masa dan tempat. Jika kemahiran yang digunakan tidak bersesuaian,
maka ia mampu mempengaruhi keseluruhan proses kaunseling seperti menyukarkan
klien untuk mengatasi masalah mereka mengakibatkan kehilangan keyakinan dan
kepercayaan terhadap kaunselor.
KONSEP
BIMBINGAN
Pelbagai pengertian yang diberikan bagi istilah bimbingan. Antara
himpunan makna yang diberikan oleh beberapa tokoh pendidikan adalah seperti berikut:
1) Shertzer dan Stone (1974)
1) Shertzer dan Stone (1974)
Mereka menakrifkan bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu
murid atau individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Guru bimbingan atau
kaunselor bertindak membantu individu untuk mengenalpasti segala kelebihan dan
kekurangan di dalam diri mereka. Dengan usaha yang dilakukan dapat membantu
mereka menentukan minat dan kebolehan yang mereka pendamkan dalam diri mereka. Dengan
kaedah ini individu dapat memaksimumkan tahap kebolehan mereka tanpa
menjejaskan kesejahteraan hidup.
2) Alice Crow (1964)
2) Alice Crow (1964)
Alice Crow menjelaskan makna bimbingan merupakan sesebuah bantuan
yang diberikan kepada individu memilih atau menetapkan matlamat jangka pendek
dan panjang, merancang teknik-teknik bertindak serta membaiki personaliti dan
tingkah laku dalam segala aspek.
3) George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995)
3) George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995)
Kedua-dua tokoh ini menerangkan bimbingan adalah satu kegiatan atau
aktiviti menyampaikan maklumat yang melibatkan minat, dan keperluan peribadi
murid seperti pendidikan, sosial dan vokasional. Bimbingan ini merupakan satu
inisiatif lain bagi mengelakkan individu atau murid menerima rawatan psikologi.
Proses ini juga bukan satu arahan kerana pembimbing tidak akan membuat
keputusan untuk murid atau klien tanpa mengambil kira tindakan-tindakan yang
diambil ketika membimbing, matlamat atau hasil yang dikecapi merupakan daripada
individu itu sendiri. Kesemuanya diikhtiarkan oleh individu itu sendiri.
4) D.W. Lefever (1970)
4) D.W. Lefever (1970)
Bimbingan bererti satu perjalanan atau proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dengan rapi serta sistematik. Tujuan diwujudkan bimbingan
ini bagi memberi pertolongan kepada seseorang individu melalui daya usahanya
sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta membina penyesuaian diri mengikut
kehendak masyarakat untuk memperoleh kesejahteraan hidup.
KONSEP KAUNSELING
Masalah muncul dalam pelbagai bentuk tanpa mengira masa, usia, pangkat
yang perlu ditempuhi oleh seseorang individu. Tidak semua individu mampu
mengatasi kebuntuan dari segi kognitif, pemilihan kerjaya atau pemilihan
sesuatu kaedah mengajar yang menyelubungi diri individu tersebut. Bagi situasi
sebegini, perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu jalan penyelesaian yang
boleh diguna pakai bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Apakah erti bagi
istilah kaunseling?
Setiap tokoh mempunyai pengertian kaunseling yang berbeza-beza.
Antara definisi yang dijelaskan ialah:
1)
Shertzer
dan Stone (1974)
Mereka memberi
penjelasan tentang istilah kaunseling yang membawa makna suatu proses interaksi
untuk membantu individu tersebut memahami diri dan ruang persekitarannya. Perkara
ini merupakan satu usaha bagi membina matlamat dan nilai yang akan menjadi
tunjang kepada tingkah lakunya pada masa akan datang.
2)
Corey
(1977)
Beliau menjelaskan
pendapatnya tentang kaunseling yang ditakrifkan sebagai sebuah proses memberi
peluang kepada klien untuk meneroka personaliti mereka yang menimbulkan
kesulitan baginya. Inisiatif penerokaan ini akan melahirkan perasaan insaf dalam
dirinya serta membuat pilihan yang terbaik agar dapat mengecapi kehidupan yang
lebih berkesan.
3)
Hansen,
J. (1977)
Beliau
mendefinisikan kaunseling merupakan suatu usaha memberi pertolongan kepada
klien mempelajari kaedah-kaedah baharu bagi mengendali dan menyesuaikan diri
dengan persekitaran hidup. Individu akan dibantu untuk membentuk proses membuat
keputusan, sama ada secara individu atau dalam kumpulan. Cara ini dapat
memaksimumkan potensi yang terpendam lalu menjadi individu yang berfungsi
dengan berkesan.
4)
Smith,G.E.
(1980)
Beliau
menjelaskan bahawa kaunseling ialah proses di mana seorang kaunselor memberi
pertolongan pada seorang individu (klien) mentafsir fakta-fakta yang berkaitan
dengan suatu pilihan, perancangan ataupun penyesuaian yang perlu dibuat.
PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ASPEK
|
BIMBINGAN
|
KAUNSELING
|
KONSEP
|
Memberi info
atau maklumat serta tunjuk ajar yang relevan kepada klien
|
Menolong klien untuk memahami diri mereka
|
MATLAMAT
|
Menfokuskan
matlamat jangka pendek
|
Menfokuskan matlamat jangka pendek dan panjang
|
FOKUS
|
Memberi
maklumat atau nasihat kepada klien
|
Memantapkan kemahiran kendiri dan bijak menyelesaikan masalah
|
PENDEKATAN
|
Menggunakan
bentuk teguran atau nasihat untuk menyelesaikan masalah.
|
Membuat
keputusan tanpa mempunyai unsur paksaan dari pihak kaunselor.
|
TEMPOH
|
Masa singkat dari 1-5 sesi (pendek)
|
Masa singkat
dari 1-5 sesi (panjang)
|
PIHAK
TERLIBAT
|
Guru biasa, guru bimbingan dan kaunseling
|
Kaunselor, pakar psikologi kaunseling
|
SASARAN
|
Individu,
kelompok besar atau kecil
|
Individu dan
kelompok kecil
|
TEMPAT
|
Boleh
dilakukan di mana-mana
|
Mempunyai
bilik khas
|
MATLAMAT KAUNSELING
Sesi kaunseling yang berkesan berlaku apabila beberapa matlamat
yang perlu dikecapi telah berjaya di perolehi iaitu:
1) Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
1) Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
Sesi kaunseling dapat membantu klien untuk bertanggungjawab ke atas
dirinya dan berusaha sambil mengatur dan merancang perjalanan hidupnya dengan
teratur dan sistematik. Klien dapat menghadapi masalah tanpa menyalahkan sesiapa
jika mereka bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.
2)
Memperbaiki
imej diri yang negatif
Klien yang mempunyai imej diri yang negatif merupakan penghalang
atau tembok untuk memenuhi cita-cita atau membuat sebarang pekerjaan.
Personaliti klien seperti ini mampu menyekat perkembangan dan memaksimumkan
potensi dirinya. Kaunselor perlu membentuk imej yang positif dan memupuk
ciri-ciri yang baik dalam diri klien.
3) Mengajar klien menyesuaikan diri dengan persekitaran
Penyesuaian diri sama ada dengan sesama manusia atau persekitaran
adlah amat penting untuk mengelakkan daripada pelbagai konflik yang mampu
menjejaskan personaliti atau berlaku perubahan persekitaran mereka.
4) Mempermudahkan atau mengerakkan perubahan tingkahlaku
4) Mempermudahkan atau mengerakkan perubahan tingkahlaku
Tingkahlaku yang sedia ada dalam diri klien tidak semestinya baik dan
mampu menjejaskan perjalanan kehidupannya. Kaunselor perlu mengajar untuk
membuat perubahan personaliti yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkahlaku
tida semestinya memerlukan perubahan menyebabkan kesan yang besar untuk proses
permulaan. Pengawalan dan pengurusan perubahan yang berlaku merupakan faktor
utama bagi mengekalkan proses tersebut berjalan secara berkala.
5) Membantu klien menjadi lebih produktif
5) Membantu klien menjadi lebih produktif
Kaunselor perlu memainkan peranan untuk membimbing klien menyedari
bahawa hidup ini tidak berlaku banyak perubahan. Klien perlu berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi memperolehi hasil yang memuaskan dalam kehidupan.
Imaginasi bukan salah satu jalan penyelesaian dalam kehidupan.
6) Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
6) Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
Proses kaunseling membantu menyedarkan klien bahawa setiap manusia
mempunyai kelebihan yang tersembunyi di dalam diri manusia. Kebanyakkan klien
memandang enteng dan tidak mengendahkan sumber dalaman yang dimilikinya.
7) Mempertingkatkan kemampuan klien untuk membuat keputusan.
7) Mempertingkatkan kemampuan klien untuk membuat keputusan.
Kaunselor menjalankan tangunggjawabnya dengan membimbing klien
menggunakan proses membuat keputusan. Klien perlu membuat penimbangan sendiri
dalam beberapa perkara yang akan memudahkannya untuk membuat sesuatu keputusan.
Pengorbanan dari segi peribadi, masa, tenaga, wang, dan sebagainya mampu
menhasilkan satu keputusan yang matang. Klien juga didedahkan bagaimana
mengaplikasikan sumber yang wujud di persekitaran dalam membuat keputusan yang
baik.
8) Membantu klien menyelesaikan masalah yang terdahulu dalam hidupnya.
Kaunselor membantu klien atau memberi jalan penyelesaian kepada
klien agar dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, perasaan,
kerohanian, dan tingkah laku seseorang manusia. Bantuan ini juga mendidik klien
untuk belajar hidup berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan sesiapa
semata-mata.
PRINSIP KAUNSELING
Prinsip-prinsip kaunseling diwujudkan untuk membantu proses
tersebut berjalan dengan lancar serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di
sekolah-sekolah.
Patterson (1967) merupakan salah satu tokoh prinsip-prinsip
kaunseling. Antara prinsip-prinsip yang
disenaraikan oleh beliau seperti berikut:
1) Kaunseling merupakan satu proses mempengruhi tingkah laku klien secara sukarela, iaitu klien sendiri berusaha mengubah tingkah lakunya dan meminta kaunselor untuk membantu mengubahnya.
2) Suasana-suasana yang mampu menjayakan perubahan sukarela berlaku perlu dibina atau disediakan oleh kaunseling seperti hak seseorang untuk membuat pilihan sendiri.
3) Kaunselor perlu mendalami atau memahami isi hati dan luahan yang keluarkan oleh klien merupakan salah satu langkah mengesan masalah serta membantunya untuk mencari cara penyelesaian.
4) Proses kaunseling dijalankan secara sulit dan semua bahan perbincangan perlu dirahsiakan.
5) Klien pasti akan menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor.
6) Interaksi antara klien dan kaunselor diadakan bertujuan memudahkan perubahan sikap walaupun bukan semua jenis temu bual boleh dikategorikan sebagai proses kaunseling.
7) Proses kaunseling diadakan memerlukan seseorang kaunselor yang mampu mendengar perkara yang diluahkan oleh klien namun bukan semua tindakan mendengar boleh dikatakan sebagai proses kaunseling .
8) Masalah psikologi merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh mana-mana klien.
9) Kaunselor perlulah seorang yang berkemahiran dan berupaya untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1) Kaunseling merupakan satu proses mempengruhi tingkah laku klien secara sukarela, iaitu klien sendiri berusaha mengubah tingkah lakunya dan meminta kaunselor untuk membantu mengubahnya.
2) Suasana-suasana yang mampu menjayakan perubahan sukarela berlaku perlu dibina atau disediakan oleh kaunseling seperti hak seseorang untuk membuat pilihan sendiri.
3) Kaunselor perlu mendalami atau memahami isi hati dan luahan yang keluarkan oleh klien merupakan salah satu langkah mengesan masalah serta membantunya untuk mencari cara penyelesaian.
4) Proses kaunseling dijalankan secara sulit dan semua bahan perbincangan perlu dirahsiakan.
5) Klien pasti akan menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor.
6) Interaksi antara klien dan kaunselor diadakan bertujuan memudahkan perubahan sikap walaupun bukan semua jenis temu bual boleh dikategorikan sebagai proses kaunseling.
7) Proses kaunseling diadakan memerlukan seseorang kaunselor yang mampu mendengar perkara yang diluahkan oleh klien namun bukan semua tindakan mendengar boleh dikatakan sebagai proses kaunseling .
8) Masalah psikologi merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh mana-mana klien.
9) Kaunselor perlulah seorang yang berkemahiran dan berupaya untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Selain itu, Biasco, F. (1966) juga
ada menggariskan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut:
10 Semua individu berhak dan tidak dihadkan kepada mereka yang hanya mempunyai masalah sahaja perlu mendapatkan khidmat kaunseling.
2) Kaunseling perkembangan adalah untuk memberi pertolongan kepada klien mengecapi pengetahuan dan memahami diri. Perkara ini membantu klien menerima keadaan diri yang terdiri daripada segi jasmani, intelek dan afektif.
3) Perancangan yang disusun secara sistematik dan teratur dapat membantu proses kaunseling menjadi lebih berkesan.
4) Kaunseling perkembangan memfokuskan aspek yang positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.
5) Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya terdapat kerjasama antara murid, guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah.
6) Kaunseling berpendapat setiap manusia termasuk kanak-kanak berhak membentuk personaliti diri dengan bebas dan membuat pilihan sendiri serta membuat perancangan hidup sendiri.
7) Perkembangan individu dari segi masa; masa silam, masa kini, dan masa hadapan, dan dari segi bidang; akademik, sosial dan peribadi adalah perkara yang difokuskan oleh kaunseling.
10 Semua individu berhak dan tidak dihadkan kepada mereka yang hanya mempunyai masalah sahaja perlu mendapatkan khidmat kaunseling.
2) Kaunseling perkembangan adalah untuk memberi pertolongan kepada klien mengecapi pengetahuan dan memahami diri. Perkara ini membantu klien menerima keadaan diri yang terdiri daripada segi jasmani, intelek dan afektif.
3) Perancangan yang disusun secara sistematik dan teratur dapat membantu proses kaunseling menjadi lebih berkesan.
4) Kaunseling perkembangan memfokuskan aspek yang positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.
5) Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya terdapat kerjasama antara murid, guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah.
6) Kaunseling berpendapat setiap manusia termasuk kanak-kanak berhak membentuk personaliti diri dengan bebas dan membuat pilihan sendiri serta membuat perancangan hidup sendiri.
7) Perkembangan individu dari segi masa; masa silam, masa kini, dan masa hadapan, dan dari segi bidang; akademik, sosial dan peribadi adalah perkara yang difokuskan oleh kaunseling.
McDaniel dan shaftel (1956) pula
menyenaraikan prinsip-prinsip utama kaunseling seperti berikut:
1)
Kaunselor
perlu menerima dan melayan semua klien dengan baik. Penghormatan tulen terhadap
hak-hak seseorang individu juga perlu diberi oleh kaunselor sama ada haknya
untuk berjaya atau sebaliknya. Perubahan pada diri klien dan mengarah hidupnya
merupakan tanggungjawab klien itu sendiri.
2)
Kaunseling
pada asasnya ialah satu perhubungan yang permisif. Keadaan permisif ini dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama,
perhubungan antara kaunselor dengan klien boleh ditamatkan pada
bila-bila masa. Kedua, kaunselor tidak boleh memujuk klien menerima nilai dan
ideanya.
3)
Kaunseling
menetapkan pemikiran bersam-sama klien. Kaunselor hendaklah berfikir
bersama-sama dengan klien iaitu idea, cadangan atau pendapat klien perlulah
diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan.
4)
Ideal-ideal
demokrasi adalah sejajar dengan prinsip-prinsip kaunseling. Kaunselor hendaklah
menerima hak seseorang itu berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan
kognitif, kestabilan emosi dan sebagainya.
KEPENTINGAN KAUNSELING
Perkhidmatan kaunseling yang diadakan telah menghasilkan implikasi
atau jalan penyeleaian yang dapat diaplikasi dan diperoleh. Antara implikasinya
iaitu:
1)
Kaunseling
membantu kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran secara terbuka dan celik
akal untuk sesuatu perkara.
2)
Memberikan
pertolongan kepada klien untuk memahami dan mengenali diri mereka dengan lebih
mendalam serta menyelami diri dan persekitarannya.
3)
Kaunselor
mendorong dan memberikan sokongan yang padu kepada klien yang tidak berbelah
bagi dari segi emosi seperti kemesraan dan menunjukkan perasaan yang mampu
mengurangkan bebanan masalah.
4)
Membantu
klien membuat keputusan berdasarkan cadangan atau idea yang diperolehi sesama
sesi kaunseling diadakan oleh kaunselor sebelum membuat pilihan dan keputusan
untuk sesuatu perkara.
5)
Kaunselor
membantu klien untuk meleraikan konflik atau permusuhan antara dua pihak dan
menerima kekurangan yang terdapat dalam diri antara satu sama lain
1) Bertanggungjawab
terhadap klien
Kepentingan klien adalah keutamaan bagi seorang kaunselor berbanding
dengan dirinya sendiri. Kaunselor boleh menamatkan sesi kaunseling dengan
persetujuan dari klien dan/atau dirujuk kepada kaunselor yang lebih
professional.
2) Menjaga kerahsiaan
2) Menjaga kerahsiaan
Segala maklumat klien yang diperolehi sesama berlangsung sesi
kaunseling merupakan sebuah rahsia yang perlu dijaga kecuali maklumat itu mampu
memberhayakan klien atau orang lain.
3)
Menghormati
hak-hak klien
Klien mempunyai hak-hak yang perlu diambil berat dan perlu
dihormati oleh kaunselor termasuk perkara sulit atau peribadi selagi perkara
tersebut tidak membahayakan kaunselor atau orang lain.
4) Menjaga tingkah laku demi memelihara profesion kaunseling
4) Menjaga tingkah laku demi memelihara profesion kaunseling
Kaunselor perlu menjadi teladan atau “Role model” kepada klien
dengan mempamerkan akhlak-akhlak mahmudah bagi menjaga kemaslahatan dan maruah
pihak kaunselor.
5) Larangan dalam hubungan Dwi
5) Larangan dalam hubungan Dwi
Mengadakan perkhidmatan kaunseling pada klien yang mempunyai
hubungan intim dengan kaunselor perlu dihindarkan bagi melicinkan serta
keberkesanan kaunseling tersebut.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
1.
Perkhidmatan
inventori individu dan rekod murid
a) Menguruskan
fail bimbingan
b) Merekod
dan mengumpulkan butiran yang melibatkan dengan penilaian dan pentafsiran
tentang minat murid merupakan tanggungjawab kaunselor.
c) Memerhati
perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
d) Menyelaras,
menjaga, dan mengemaskini rekod murid.
e) Memerhati
dan menyelidiki pencapaian, kemajuan, dan pretasi pembelajaran murid yang bermasalah
bagi melakukan pemulihan.
f) Kajian
dan pentafsiran yang berkaitan dan berguna untuk membantu mengembangkan
kebolehan murid kepada tahap yang maksimum.
2.
Perkhidmatan
pemberian maklumat
a)
Mengumpul,
menyedia, dan menyebarkan maklumat kerjaya, vokasiaonal latihan, dan latihan
kepada pelajar seperti risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya,
pameran kerjaya dan buletin sekolah.
b) Fail-fail
maklumat kerjaya dilakukan penambahan dan mengemaskini serta diadakan peluang
latihan, pelajaran sosial, dan peribadi.
c)
Memberikan
maklumat dan memberikan penerangan tentang pentingya mengisi borang permohonan
dengan tepat.
d)
Mengadakan
pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain dan lawatan
terancang kerjaya.
e)
Berkongsi
maklumat tentang kerjaya dan lain-lain bantuan yang dikehendaki oleh pendidik
dan masyarakat.
f)
Menyebarkan
maklumat mengenai pendidikan yang melibatkan kesihatan diri seperti pencegahan
dadah, AIDS dan bahana rokok.
3.
Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling kelompok
a)
Mengadakan
dan menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang
mampu membantu berlaku perkembangan konsep kendiri, vokasional, psikososial, dan
moral agama murid.
b)
Memesyuaratkan
tentang topik yang berkaitan dengan sesebuah kelompok tertentu seperti masalah
disiplin, peribadi, sosial dan lain-lain.
c)
Memberi
pertolongan kepada murid untuk membuat pilihan mata pelajaran yang elektif
untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Peperiksaan
Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
d)
Membentuk
dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia dan memerhati aktiviti
yang dijalankan.
4.
Perkhidmatan
kaunseling
a)
Kaunseling
individu dan kelompok digunakan apabila berlaku perkara-perkara seperti berikut:
I.
Pencapaian
akademik yang kurang memuaskan
II.
Rujukan
yang dibuat oleh guru dan ibu bapa
III.
Aspek
peribadi dan kerjaya
IV.
Ketidakhadiran
untuk kegiatan kokurikulum
V.
Masalah
disiplin
b)
Kaunseling
keluarga boleh dilakukan apabila memerlukan kerjasama dari pihak ibu bapa untuk
membantu memahami diri murid yang bermasalah tersebut.
c)
Kaunseling
tunjuk ajar seperti seorang guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajarkan
perkara-perkara seperti penilaian kendiri, penjelasan nilai-nilai,
kemahiran-kemahiran komunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan
cara-cara mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah.
5. Perkhidmatan
penempatan
a)
Memberi
pertolongan kepada murid untuk membuat pilihan aktiviti kokurikulum berdasarkan
kebolehan, minat, kerjaya pilihan dan kemampuan.
b)
Penempatan
pekerjaan:
I. Menjadi
pengukur untuk menempatkan murid-murid mengikuti program pengalaman bekerja
jika program seperti itu diadakan.
II. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dengan memberikan data tentang murid-murid lepasan sekolah vokasional dan teknik.
III. Membantu
meletakkan murid-murid lepasan sekolah menengah vokasional dan teknik untuk
memasuki kilang-kilang atau firma-firma.
6. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah
6. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah
a) Menerapkan
perasaan benci terhadap penyalahgunaan dadah dengan mengadakan sesi kaunseling
individu atau kelompok.
b) Membantu
murid-murid yang ingin mendapatkan rawatan atau pemulihan.
c) Memberi
bantuan kepada murid-murid agar dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan
selepas tamat pemulihan.
d) Memberikan
makluman dan membuat penilaian kepada (JPN) Jabatan Pendaftaran Negeri tentang
program pencegahan penyalahgunaan dadah pada peringkat sekolah.
7. Perkhidmatan perundingan dan rujukan
7. Perkhidmatan perundingan dan rujukan
a) Membantu
murid-murid lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya, pelajaran dan
sebagainya jika perlu.
b) Menolong
pihak pendaftar dan staf sekolah memahami dengan lebih mendalam terhadap
program bimbingan di sekolah.
c) Memberikan
bantuan terhadap ibu bapa murid dalam hal-hal kebajikan murid.
d) Membincangkan
dengan staf sekolah langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi khidmat
bimbingan di sekolah.
e) Menyusun
atau merancang bersama-sama guru tentang kaedah-kaedah yang berkesan mengawasi
kemajuan murid-murid.
f) Mewujudkan prosedur-prosedur tertentu dalam merujuk kes-kes tertentu kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor,pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
8. Perkhidmatan penyelarasan sumber
f) Mewujudkan prosedur-prosedur tertentu dalam merujuk kes-kes tertentu kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor,pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
8. Perkhidmatan penyelarasan sumber
a) Bertugas
sebagai penyelaras bagi program-program yang melibatkan kebajikan murid-murid
antara sekolah dengan agensi-agensi luar.
b) Berperanan
sebagai pakar rujuk dalam kegiatan kokurikulum.
c) Menjadi
penyelaras untuk menjemput majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
d) Mengatur
atau merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha mempromosikan
aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dan masyarakat
tempatan.
9. Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa
9. Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa
a) Menjalinkan
hubungan antara guru dengan ibu bapa murid-murid untuk mengawasi perkembangan
tingkah laku terutama dalam skop pembelajaran.
b) Memaklumankan
kepada ibu bapa apabila perkembangan murid-murid tidak memuaskan.
c)
Berfungsi
sebagai penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa.
d)
Bekerjasama
bersama ibu bapa bagi membina disiplin dalam diri murid.
e) Membuat
sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi timbul asbab dari
keluarga itu sendiri.
10. Perkhidmatan penilaian
10. Perkhidmatan penilaian
a) Mutu
atau kualiti program bimbingan di sekolah dapat ditingakatkan dengan mengadakan
penilaian.
b) Menilai
model bimbingan sebelum di laksanakan di sekolah.
c) Menyediakan
program bimbingan rakan sebaya dan program latihan.
TEORI KAUNSELING
TEORI PSIKOANALITIK
PENGENALAN
Berdasarkan sejarah kaunseling, teori psikoanalitik adalah sistem
pertama yang diasaskan dalam
psikoterapi.Teori psikoanalitik ini dikaitkan dengan teori Sigmund Freud yang
juga dipanggil sebagai 'Bapa Psikoanalisis'. Menurut Sigmund Freud, manusia
merupakan suatu makhluk atau hidupan yang mementingkan diri sendiri. Perkara
ini dapat dikenal pasti selepas kajian mengenai ilmu psikoterapi dijalankan.
BIODATA
Nama : Sigmund Freud
Tarikh lahir: 6 Mei 1856
Tarikh Kematian: 23 September 1939
Latar belakang :
BIODATA
Nama : Sigmund Freud
Tarikh lahir: 6 Mei 1856
Tarikh Kematian: 23 September 1939
Latar belakang :
a)
Bapa
Psikoanalisis merupakan nama lain bagi Singmund Freud.
b)
Beliau
yang memperkenalkan tahap kesedaran manusia serta 3 komponen personaliti.
PANDANGAN
Terdapat pelbagai pandangan yang diberikan oleh Sigmund Freud
terhadap manusia. Antara pandangan tersebut ialah:
1) Personaliti atau tingkah laku manusia dikategorikan melalui kuasa tidak sedar.
2) Dorongan jantina merupakan penentuan utama bagi akhlak atau personaliti individu.
3) Perkembangan peringkat awal kanak-kanak merupakan salah satu asbab terbina personaliti individu dewasa.
4) Masalah yang timbul wujud disebabkan adanya konflik dalam diri individu.
1) Personaliti atau tingkah laku manusia dikategorikan melalui kuasa tidak sedar.
2) Dorongan jantina merupakan penentuan utama bagi akhlak atau personaliti individu.
3) Perkembangan peringkat awal kanak-kanak merupakan salah satu asbab terbina personaliti individu dewasa.
4) Masalah yang timbul wujud disebabkan adanya konflik dalam diri individu.
ALAM KESEDARAN MENURUT FREUD
Sigmund Frued berpendapat bahawa manusia mempunyai 3 alam kesedaran
dalam hidup. Salah satu alam kesedaran yang diperkenalkan oleh beliau adalah
seperti berikut:
1) Alam sedar
1) Alam sedar
Alam sedar ini adalah satu pengalaman atau merujuk kepada keadaan
individu melakukan, berfikir dan bercakap ketika di alam sedar. Perkara yang
dilakukan ketika berada di alam sedar merangkumi kepada tingkah laku, tindakan,
perasaan, pemikiran dan ingatan berdasarkan tujuan dan dalam keadaan waras
seperti merasa takut, gembira sedih, sunyi dan sebagainya. Ia berlaku pada
permukaan personaliti seseorang dan hanya memberi kesan yang kecil dalam
perkembangan personaliti.
2) Alam pra sedar
2) Alam pra sedar
Alam pra sedar merupakan sebuah pengalaman atau pekerjaan yang
dilakukan oleh individu yang berada di antara
sedar dan bawah sedar. Segala aktiviti atau pekerjaan ketika berada dalam alam
pra sedar boleh di ingat semula jika memberi sepenuh perhatian ketika sedar.
Contoh, seorang ustaz mengajar dalam suasana bilik darjah yang sempit, bising
serta menganggu penumpuan murid. Namun, jika murid bersungguh-sungguh dengan
memberi perhatian dan fokus ketika guru menyampaikan ilmu pasti akan dapat
menguasai apa yang diajarkan oleh ustaz.
3)
Alam
bawah sedar
Alam bawah sedar salah satu situasi atau pengalaman yang terjadi ke
atas individu tanpa sedar akan kewujudannya. Individu tidak sedar dengan apa
yang berlaku di persekitarannya. Contoh, emosi yang tidak terkawal mendorong
diri kita mengubah segala tingkah laku disebabkan sesuatu perkara. Contoh lebih
mudah sepeti aliran darah yang kita tidak mampu sedar dan nampak
pergerakkannya.
TEORI STRUKTUR PERSONALITI
Struktur personaliti manusia terdiri daripada id, ego dan superego.
1)
Id
Id adalah nafsu dan muncul sejak lahir, ia bertindak secara melulu
atau tidak berakal dan tidak matang.
2)
Ego
Ego bertugas mengawal personaliti individu, mengawal perbuatan yang
hendak dikerjakan, mengawal fungsi kognitif dan mendorong manusia bertindak
waras dan serta logik.
3)
Superego
Superego merupakan penentu tingkah laku baik atau buruk. Ia
bertindak menghalang ego daripada menuruti id dan mendorong id menerima nilai
dan matlamat moral.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN INDIVIDU
v Peringkat Oral (lahir-18 bulan)
v Peringkat Oral (lahir-18 bulan)
Kanak-kanak
memerlukan kasih sayang dan keputusan dari ibu bapa daripada rutin
menghisap (sebulan
18 bulan) dan menggigit (selepas 18 bulan).
v Peringkat anal atau dubur (2-4 tahun)
v Peringkat anal atau dubur (2-4 tahun)
Kanak-kanak
telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air.
Nikmat bukan
hanya melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuangan najis.
Kanak-kanak akan
lebih fokus terhadap kawalan buang air kecil dan
besar supaya
dilayani dan dikasihi oleh ibu bapa.
v Peringkat falik (4-6 tahun)
v Peringkat falik (4-6 tahun)
Pada peringkat
ini, kanak-kanak telah mempunyai perasaan sendiri terhadap
orang
disekeliling. Perasaan kanak-kanak pada masa ini senang
melahirkan
masalah dalam dirinya. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam memenuhi
perasaan atau permintaan supaya masalah dapat di elakkan.
v Peringkat pedalaman (6-12 tahun)
v Peringkat pedalaman (6-12 tahun)
Pada peringkat ini, kasih sayang dan keberanian telah berubah
menjadi rakan sebaya. Kanak-kanak yang pintar menerima dan mengawal perasaan
ini akan menjadi orang yang baik.
v Peringkat kejantinaan (12 tahun ke atas)
v Peringkat kejantinaan (12 tahun ke atas)
Peringkat ini dikatakan permulaan zaman remaja, mereka mula timbul
perasaan minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Freud berpendapat
bahawa tenaga seks (libido) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu
bukan berasal dari ahli keluarganya.
PROSES DAN TEKNIK TEORI PSIKOANALISIS
v Perkaitan Bebas
v Perkaitan Bebas
Kaunselor memberi pertolongon kepada klien supaya menenangkan
fikiran. Klien disarankan untuk mengeluarkan segala isi hati dan perasaannya
yang tidak keruan dan tidak rasional. Kaedah perkaitan bebas ini diaplikasi
untuk mengingat dan meluahkan emosi yang berkaitan dengan keadaan-keadaan
traumatik masa lalu.
v Pentafsiran
v Pentafsiran
Pentafsiran adalah prosedur asas yang digunakan untuk menganalisis
perkaitan bebas mimpi, penahanan dan pemindahan. Prosedurnya kaunselor perlulah
memberikan petunjuk, penjelasan dan nasihat kepada klien tentang makna-makna
tingkah laku yang yang dimanifiestasikan oleh perkaitan bebas, mimpi, penahanan
dan hubungan terapeutik itu sendiri.
v Tafsir Mimpi
v Tafsir Mimpi
Gambaran mimpi digunakan
untuk mengkaji bahan-bahan tidak sedar klien dan memberi celik akal klien untuk
mengatasi masalah yang tidak dapat diatasi. Freud beranggapan bahawa mimpi
adalah jalan diraja ke alam tidak sedar kerana di dalam mimpi terdapat kisah
yang tidak biasa muncul di alam sedar.
v Transferens
v Transferens
Dalam transferens ini, klien akan menukarkan perasaan dan
pengalaman yang dihadapi ketika waktu kanak-kanak dahulu kepada kaunselor.
Kaunselor pula akan menyarankan pemindahan neurosis dengan bersikap neutral dan
pasif. Kaunselor berperanan memahami dan mentafsirkan luahan perasaan dan pengalaman
ini supaya klien celik akan punca-punca terjadinya tingkah laku yang tidak
rasional dari dirinya selama ini.
PROSES KAUNSELING INDIVIDU
Terdapat banyak kemahiran kaunseling yang disediakan untuk membantu
kaunselor menjalankan tanggungjawabnya dengan sistematik dan teratur. Antaranya
ialah:
1) Proses membina hubungan
1) Proses membina hubungan
Pada peringkat
ini, kaunselor dinilai oleh klien sama ada boleh dipercayai dan mendengar
luahan yang klien perkatakan atau hanya berpura-pura. Faktor-faktor yang mampu
mengukuhkan dan mengutuhkan lagi kepercayaan klien terhadap kaunselor ialah
dengan reaksi lisan, reaksi bukan lisan dan mengetahui serba sedikit latar
belakang tentang klien.
2) Pengstrukturan
2) Pengstrukturan
Proses
pengstrukturan ini dijalankan untuk memberikan penerangan tentang tujuan kaunseling
yang diadakan, tanggungjawab kaunselor atau klien, batasan dan objektif. Sifat
batasan dan matlamat perhubungan dapat ditentukan melalui tahap penstrukturan
semula. Peranan kaunselor pada situasi ini ialah memberitahu langkah-langkah
seterunya yang perlu diambil oleh klien.
3) Proses
penerokaan
Tujuan proses
penerokaan diadakan adalah bagi melahirkan kepercayaan klien terhadap kaunselor
dan membuat mereka beranggapan kaunselor berminat untuk memberi pertolongan kepadanya
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peranan kaunselor ialah memberi
bantuan dan mendorong klien untuk meneroka keadaan atau situasi dirinya ke arah
jalan yang diimpikan oleh klien serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal
dan non-verbal.
4) Proses
semak alternatif
Proses ini
dijalankan apabila matlamat kaunseling telah dilepasi atau diperolehi daripada
klien. Tugas yang perlu diambil oleh kaunselor dalam sesi ini ialah memimpin
atau membimbing klien untuk mengatur langkah-langkah yang bersesuaian bagi
membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
5) Proses
mengambil tindakan
Proses
mengambil tindakan ini merupakan sesi untuk menyusun pelan tindakan yang
didapatkan oleh klien hasil daripada bantuan yang kaunselor kongsikan untuk
mencapai matlamat atau objektif yang hendak dikecapinya. Sesebuah pelan yang
ditentukan itu perlulah logik dan realistik agar dapat dicapai oleh klien
supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan.
6) Proses
penamatan
Kaunselor
berhak menamatkan sesi kaunseling yang telah diadakan antara kauselor dan klien
apabila melihat klien mampu bergerak dengan sendiri dan yakin terhadap tindakan
yang diambil untuk sesuatu perkara. Pengakhiran sesi ini bertujuan menghasilkan
satu pengalaman yang berkualiti , professional dan peribadi yang baik.
KEMAHIRAN KAUNSELING
Terdapat pelbagai kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh
kaunselor yang berada di sekolah untuk mengadakan sesi kaunseling ke atas murid
yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Kemahiran-kemahiran yang telah
disediakan adalah seperti berikut:
1) Tingkah laku memberi perhatian
1) Tingkah laku memberi perhatian
Perhatian yang diberikan secara teliti dan fokus dapat membantu
kaunselor untuk mengkaji dan memahami masalah murid dengan mudah dan baik.
Tindakan ini juga mampu melahirkan rasa hormat dan selamat bagi seseorang klien
selain menjadi alat peneguhan serta memudahkan interaksi. Secara tidak
langsung, hubungan baik antara kaunselor dan klien akan terjalin.
Komponen-komponen tingkah laku memberi perhatian:
a) Kedudukan
tubuh badan kaunselor
Keadaan tubuh
badan kaunselor perlu condong ke arah hadapan iaitu ke arah hadapan klien.
Kaunselor perlu fokus setiap apa yang diperkatakan dan boleh mengubah kedudukan
untuk mendapatkan keselesaan.
b) Ekspresi
muka
Wajah yang
berseri dan gembira perlu ditunjukkan oleh kaunselor jika mempunyai klien yang
hadir untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi menunjukkan bahawa kaunselor
bersedia menerima dan membantu klien tersebut untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
c) Tentangan
mata
Tentangan mata
dengan klien perlu diadakan untuk menunjukkan bahawa kaunselor berminat dan
bersungguh-sungguh mendengar apa jua yang diperkatakan serta bersama klien
secara fizikal dan mental. Kaunselor perlu mengalihkan pandangan mata jika
mendapati klien berasa tidak selesa dengan tindakan tersebut.
d) Soalan
terbuka
Penggunaan ayat
atau soalan yang terbuka mendorong klien untuk bercerita dan bercakap dengan
panjang lebar. Cara ini dapat menggalakkan lagi klien untuk meluahkan segala
apa yang dipendam. Contohnya, “cuba ceritakan apa yang telah berlaku pada diri
anda?”
e) Dorongan
minimum untuk bercakap
Dorongan
minimum termasuk gerak isyarat, anggukkan kepala, perkataan tunggal,
pergerakkan badan atau ulangan perkataan-perkataan boleh membuat klien berpendapat
bahawa kaunselor bersemangat dan minat dengan segala apa yang diperkatakan oleh
klien. Bagi menggalakkan klien untuk terus bercakap ialah dengan menggunakan
kaedah dorongan minimum.
2)
Kemahiran
mendengar
Sesi kaunseling yang dijalankan perlu dalam keadaan yang aktif.
Tokoh kaunseling iaitu Carl Rogers ada menyatakan bahawa seorang kaunselor
hendaklah menjadi pendengar yang aktif. Perkara ini telah menyatakan kepada
kaunselor supaya melakukan perkara-perkara yang positif agar masalah yang dihadapi
oleh klien dapat dikenal pasti dan difahami dengan baik. Kaunselor hendaklah
menunjukkan kesungguhan dengan memberi perhatian dan menunjukkan minat terhadap
kata-kata klien.
3)
Kemahiran
menyoal
Pengguasaan dalam kemahiran menyoal perlu dimiliki dan dikuasai
oleh seorang kaunselor. Perkara ini diperlukan bagi mencungkil atau mendapatkan
maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien secara mendalam. Terdapat dua
jenis soalan yang boleh diberikan kepada klien iaitu soalan secara tertutup di
mana hanya memerlukan respon “ Ya atau Tidak” dari pada klien. Manakala bagi
soalan terbuka pula menggalakkan klien untuk menjawab soalan dengan huraian
yang panjang.
4)
Kemahiran
memahami
Sikap sabar perlu diterapkan dalam diri sebagai kaunselor untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dan memahami kesulitan yang berlaku
pada klien. Hasil daripada penelitian yang dijalankan oleh kaunselor dengan
sabar dan teratur, masalah tersebut akan dapat digambarkan dengan lebih jelas
dan jitu tenteng kesulitan yang dihadapi oleh murid. Dengan pengguasaan
kemahiran memhami ini mampu melicinkan proses sesi kaunseling dan memperoleh
gambaran masalah secara menyeluruh serta latar belakang hadirnya masalah
tersebut.
5)
Kemahiran
berempati
Kemahiran berempati adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh kaunselor untuk diaplikasi ketika sesi kaunseling bagi memahami serta
merasai perasaan yang dirasai oleh klien. Kemahiran ini bukan sahaja dapat
membantu kaunselor untuk memahami apa yang dinyatakan oleh klien tetapi mampu
merasai isi hati atau perasaan yang dihadapinya. Kaunselor juga mempunyai dua
komponen kenyataan klien dalam kemahiran berempati iaitu idea klien (kognitif)
dan perasaan klien (afektif).
6)
Refleksi
idea
Kemahiran refleksi adalah satu kemahiran yang disediakan dalam
kaunseling iaitu kaunselor menyimpulkan atau membalikkan kata-kata klien.
Kemahiran ini membantu kaunselor untuk menyemak dengan klien sama ada dia telah
menguasai atau memahami apa yang diperkatakan oleh klien ketika sesi kaunseling
dijalankan. Perkara ini juga boleh menyedarkan klien untuk mencapai kesedaran
dan kefahaman diri sendiri.
7)
Refleksi
perasaan
Refleksi perasaan ini diwujudkan bertujuan untuk diguna pakai oleh
kaunselor dalam bidang kaunseling membalikkan emosi klien. Kemahiran ini dilakukan
bagi memaksimumkan atau meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang
perasaan sebenar yang dialami. Membuat jadual refleksi perasaan salah satu cara
untuk mengukur perasaan yang dialami oleh klien.
8)
Interpretasi
Satu proses menilai atau menyemak pemahaman tentang masalah yang
dihadapi oleh klien dengan mengadakan interpretasi. Interprestasi ini dapat
membantu kaunselor mendapatkan sebuah gambaran yang lebih jelas mengenai
masalah yang dihadapi klien. Selain itu, penggunaan perkataan yang mudah difahami
semua, kurangkan penggunaan interprestasi dalam satu sesi dan toleransi serta
pernghormatan terhadap klien hendaklah diberikan supaya klien menerima
interprestasi tanpa paksaan.
9)
Pendedahan
kendiri
Kemahiran ini merupakan satu sesi kaunseling di mana kaunselor
berkongsi maklumat atau pengalaman dari diri sendiri dengan klien. Perkongsian
yang diberikan perlulah relevan serta boleh membuat klien dalam keadaan tenang.
Selain itu, klien dapat memanfaatkan apa yang diperolehi sesama sesi kaunseling
dijalankan dan dijadikan sebagai teladan.
0)
Pemparafrasaan
Pemparafrasan ini adalah satu kemahiran kaunselor meringkaskan atau
menyimpulkan kenyataan yang diberi oleh klien dari semasa ke semasa. Kemahiran
ini dikenali sebagai parafrasa yang bertujuan memudahkan kaunselor menganalisis
atau menyemak pemahamannya tentang masalah yang dihadapi oleh klien. Parafrasa
ini juga membantu menajamkan atau meningkatkan lagi pemahaman diri klien
tentang masalah yang ditempuhi.
11)
Konfrontasi
Kemahiran ini diaplikasi dalam sesi kaunseling apabila kaunselor
mendapati apa yang diperkatakn oleh klien berlainan dengan tindakannya.
Konfrontasi ini juga diguna pakai apabila klien menyembunyikan atau tidak
menjelaskan perkara yang sebenar ketika sesi kaunseling dijalankan.
Namun,terdapat risiko yang perlu ditanggung kerana kemahiran ini mencabar diri
klien. Klien akan terasa terancam atau tergugat apabila kemahiran konfrontasi
digunakan. Kebaikkan kemahiran ini pula mendorong klien untuk berubah sejajar
dengan kata-katanya.
1 2)
Pemberian
nasihat
Pemberian nasihat merupakan tanggungjawab atau tugas seorang
kaunselor menerokai satu-satu strategi mengatasi masalah dengan klien
berkenaan. Tokoh kaunseling, Hadley berpendapat pemberian nasihat bermaksud
cadangan atau nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan pujukan. Tugas
kaunselor ialah mengajukan pertanyaan apa yang boleh dilakukan untuk
memperbaiki prestasinya.
1 3)
Kesenyapan
Ketika sesi kaunseling dijalankan, akan terjadi satu situasi dimana
perbualan menjadi senyap. Pelbagai erti yang boleh diberikan untuk penghentian
perbualan sementara ini. Hal ini terjadi mungkin klien tidak berasa selesa
untuk berkongsi maklumat kepada kaunselor dengan lebih lanjut atau sedang
mencari idea dan perasaan untuk disampaikan.
1 4)
Kemahiran
ketika ini (Immediacy)
Kemahiran ini diwujudkan dalam kaunseling bagi membantu kaunselor
meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa. Immediacy merupakan satu
kemahiran yang menggalakkan klien membuat pengakuan tentang apa yang berlaku di
tempat ini dan waktu ini. Kaunselor hendaklah menggunakan kemahiran ini dengan
berjaga-jaga kerana mampu menyentuh perasaan klien.
5)
Membuat
rumusan
Rumusan adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh kaunselor dengan membuat pergulunggan tentang segala dibincangkan dalam sesi kaunseling. Tindakan ini merupakan salah satu cara menamatkan sesebuah sesi kaunseling. Kemahiran ini juga membantu kaunselor mendalami tentang seseorang klien serta memantau kemajuan yang telah dikecapi. Penggunaan bahasa yang digunakan dalam sesi kaunseling perlulah mudah dan jelas.
Rumusan adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh kaunselor dengan membuat pergulunggan tentang segala dibincangkan dalam sesi kaunseling. Tindakan ini merupakan salah satu cara menamatkan sesebuah sesi kaunseling. Kemahiran ini juga membantu kaunselor mendalami tentang seseorang klien serta memantau kemajuan yang telah dikecapi. Penggunaan bahasa yang digunakan dalam sesi kaunseling perlulah mudah dan jelas.
RUMUSAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dalam skop pendidikan masa kini adalah merupakan suatu inisiatif berpanjangan
yang bermotifkan untuk menanam dan menyemai sifat mahmudah, sikap dan kemahiran
dalam perkembangan individu. Bantuan untuk perkembangan individu merupakan
usaha yang berterusan supaya orang awam jauh dari mengalami kekurangan dan
keburukkan demi memahami diri dan tahap yang sebenar. Pelbagai anjuran program
boleh diadakan bagi memberi perkhidmatan dan membantu orang awam dari segi
aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan untuk memnambah ilmu pengetahuan,
keterampilan dan tingkah laku setiap lapisan orang awam melalui Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Sebagai
kaunselor, guru pembimbing dan masyarakat, kita perlu memiliki tahap profesionalisme
yang tinggi untuk memegang tanggungjawab dalam membimbing. Oleh itu, penambahan
ilmu pengetahuan dalam pekerjaan kaunseling di kalangan orang awam khasnya
kaunselor dan pendidik-pendidik di sekolah amatlah penting. Penambahbaikkan profesionalisme
ini dapat diwujudkan dalam tiga cara, yakni peningkatan kendiri, penyertaan
kursus dan kerjasama profesional. Sebagai kaunselor yang profesional, kita
sentiasa harus menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan
bimbingan. Ini kerana melalui kaunseling, ia dapat memberi pertolongan kepada
masyarakat tidak mengira bangsa yang sedang menghadapi masalah ataupun
memerlukan seorang pembimbing agar mereka lebih yakin dan dapat mengembangkan
potensi mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
RUJUKAN
1) Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Md.Noor Saper, 2009, Kemahiran Bimbingan & Kaunseling, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
2) Marianne Minor, 1998, Kaunseling dan Bimbingan, Johor Bahru, Penerbitan Pelangi
3) Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti, 2014, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd
4) Maznah Baba, Zainal Madon, 2007, Kaunseling Individu, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
5) Noraini Ahmad, 2003, Konsep dan Amalan Kaunseling, Kuala Lumpur, Utusan Publications.
1) Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Md.Noor Saper, 2009, Kemahiran Bimbingan & Kaunseling, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
2) Marianne Minor, 1998, Kaunseling dan Bimbingan, Johor Bahru, Penerbitan Pelangi
3) Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti, 2014, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd
4) Maznah Baba, Zainal Madon, 2007, Kaunseling Individu, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
5) Noraini Ahmad, 2003, Konsep dan Amalan Kaunseling, Kuala Lumpur, Utusan Publications.
No comments:
Post a Comment