Saturday, January 12, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4 ( SYAFIQ )


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4

Nama guru              : Mohamad Norsyafiq Bin Samsudin
Matapelajaran        : Sirah
Kelas                        : 5 Muhajirin
Tarikh                      : 22 September 2019
Masa                         : 2:30 – 3:30 petang
Bilangan                   : 25 Orang
Tajuk                        : Perjanjian Hudaibiyyah
Kemahiran               : Membaca, Mendengar, Melihat, Memahami
Kaedah                     : Syarahan
Pengetahuan            : Murid menyatakan bilangan kandungan yang terdekat dalam kitab
Sedia ada                   
Hasil                         : 1) Menyatakan kandungan yang terdepat dalam perjanjian Hudaibiyyah
Pembelajaran            2) Menyenaraikan kesan perjanjian Hudaibiyyah
                                   
Kemahiran               : Soal jawab, merumus , melihat, mendengar
Berfikir
Penerapan                : Taat, tolong menolong, setia, disiplin, bekerjasama
Nilai
Bahan                       : Kitab, komputer riba, LCD
Bantu mengajar

MASA/LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
PENDAHULUAN
Ucapan salam dan bacaan doa

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الراحمين
1) Guru meminta murid membaca doa pelajaran
2) Guru membaca doa pel;ajaran bersama-sama dengan murid
Nilai :
Khusyuk
SET INDUKSI
1) Siapa tahu apa tujuan sesuatu perjanjian diadakan ?

Andaian jawapan : untuk mengatur hukum dan melahirkan seperangkat hak dan kewajiban

2) Apakah yang terkandung dalam dalam setiap perjanjian

Andaian jawapan :
Sesuatu yang kita inginkan tetapi tidak dihalang walau ia salah
1) Guru menanyakan kepada murid tentang sesuatu perjanjian yang diadakan

2) Guru menyoal murid dan membuat perkaitan dengan pembelajaran hari ini
Kemahiran berfikir :
Membuat perhatian

Nilai :
Patuh
Taat

Strategi :
Berpusatkan murid
Berpusatkan guru
LANGKAH 1
Kandungan perjanjian Hudaibiyyah

1) Genjatan senjata selama sepuluh tahun antara kedua-dua belah pihak

2) Orang islam dibenarkan mengerjakan umrah pada berikutknya dan pedang yang dibawa mestilah bersarung

3) Orang islam dibenarkan berada dimekah tidak melebihi 3 hari

4) Orang  Mekah yang datang ke Madinah tanpa kebenaran walinya walaupun telah memeluk islam mesti dihantar pulang ke Mekah

5) Orang islam Madinah yang datang ke Mekah tidak akan dipulangkan semula ke pihak islam Madinah

6) Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan pihak lain yang disukai
1) Guru memancarkan slide di hadapan kelas dengan menggunakan LCD sambal menayangkan kandungan yang terdapat dalam perjanjian Hudaibiyyah

2) Guru meminta tiga orang murid untuk membaca kandungan tersebut

3) Guru menyoal murid tentang kandungan yang tedapat dalam perjanjian Hudaibiyyah selepas tiga orang murid membacanya

4) Guru memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan yang diutarakan
Bahan bantu mengajar :

Komputer riba
LCD
Kitab

Kemahiran :

Soal jawab

Strategi :

Berpusatkan murid
Berpusatkan guru Berpusatkan bahan



Nilai :

Taat
Patuh

LANGKAH 2
Kesan Perjanjian Hudaibiyyah

Perjanjian Hudaibiyyah adalah pembuka jalan kearah kemenangan islam

Kesan terhadap umat islam

1) Syiar islam dapat berkembang tanpa gangguan
2) Masyarakat islam dimadinah dapat hidup aman dan damai

3) Rasul SAW dan negara islam Madinah diiktiraf secara tidak langsung

4) Orang islam dapat menunaikan ibadah haji dan umrah pada tahun berikutnya

5) Orang islam dapat membuat perhubungan dan berdakwah dengan qabalah arab yang lain

Kesan terhadap kaum musyrikin mekah

1) Musyrikin Mekah semakin hilang pengaruh dan kuasa

2) Mereka tidak dapat menghalang aktiviti dakwah Rasul SAW
1) Guru meminta murid untuk membincangkan kesan perjanjian Hudaibiyyah dengan bahan yang disediakan oleh guru

2) Beberapa murid perlu membentangkan hasil perbincangan mereka dihadapan

3) Guru menerangkan kepada murid dengan lebih jelas tentang kesan perjanjian Hudaibiyyah terhadap umat islam dan kaum musyrikin Mekah
Bahan bantu mengajar :

Kad manila
LCD
Komputer riba

Strategi :

Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan

Nilai :

Khusyuk
Taat


PENILAIAN
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Sila berikan 2 kandungan perjanjian Hudaibiyyah

2) Nyatakan kesan perjanjian Hudaibiyyah kepada umat islam

3) Tuliskan ayat Al-Quran yang membuktikan kemenangan islam
1) Guru membuat aktiviti soal jawab kepada murid-murid

2) Guru membuat soal jawab yang mana murid perlu isi diruangan yang disediakan
Bahan bantu mengajar :

Kertas soalan

Strategi :

Berpusatkan murid

Nilai:

Berdisiplin
Taat
Patuh
PENUTUP
Merumus isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumus pembelajaran yang dipelajari berkenaam dengan kandengan dan kesan perjanjian Hudaibiyyah

2) Murid-murid menyatakan kefahaman tentang pelajaran hari ini
Kemahiran :

Kemahiran membuat rumusan dan berdaya saing

Strategi :

Berpusatkan guru



Catatan Refleksi : Saya sangat bersyukur kerana pembelajaran pada hari ini menggembirakan dan menarik kerana pada pandangan saya sebahagian besar pelajar memberi perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran dan saya juga mengharapkan agar murid-murid memahami isi pelajaran pada hari ini

Ulasan pensyarah guru pembimbing :

No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...