Friday, January 11, 2019

RPH 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru                             : Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran                        : Ibadat (Darjah 2)
Kelas                                      : 2 Syafie
Tarikh                                     : 27 Januari 2019
Masa                                       : 2.30-3.00 Petang
Bilangan                                 : 49 Murid
Tajuk                                      : Air
Kemahiran                             : Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul,
                                                   dan Berfikir
Kaedah                                   : Penerangan, Soal- Jawab, Syarahan dan Didik Hibur.
Pengajaran Sedia Ada            : Murid mengetahui kepentingan menjaga kebersihan di                                                           peringkat Sekolah.  
Hasil Pembelajaran                : 1. Menyebutkan 3 tempat air boleh didapatkan.
                                                  2. Menyenaraikan 2 kepentingan menjaga kebersihan.
                                                  3. Tuliskan 2 kegunaan air kepada kehidupan di bumi.
Kemahiran Berfikir                : Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai                      : Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan                                                          bersyukur
Bahan Bantu Mengajar           : Buku teks, Komputer riba, LCD, dan Kad Imbas

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Pendahuluan (2 Minit)
Ucapan salam dan bacaan doa.

(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
1. Guru meminta murid-murid untuk membaca  doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
Nilai:
1. Khusyuk







Set Induksi
(5 Minit)
1. Apakah kaitan atau maksud dari gambar sungai, laut dan air terjun dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Air
2. Tahukah murid-murid bahawa air meliputi 70% daripada permukaan bumi? Andaian jawapan: Tidak tahu
3. Adakah air merupakan sumber utama untuk kehidupan di bumi? Andaian jawapan: Ya
1. Guru memaparkan gambar-gambar mengunakan slaid pada papan putih.

2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.

3.Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.

4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang hendak di pelajari.
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran

Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
3. Berpusatkan bahan

Pendekatan:   
Deduktif

Nilai:
1. Berani
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh







Langkah 1 
(10 Minit)

A. Pengertian Air
1. Air adalah cecair yang terbentuk daripada dua bahagian Hidrogen dan satu bahagian Oksigen atau ringkasnya H2O.
2. Air boleh didapati di Sungai, Laut, Tasik, Kolam dan sebagainya.
3. Air juga merupakan sumber utama kepada kehidupan di Bumi.
1. Guru menjelaskan pengertian air kepada murid-murid.
2. Guru menyebutkan nama-nama tempat di mana air boleh didapatkan.
3. Guru meminta murid untuk tuliskan contoh-contoh tempat air boleh didapatkan di papan putih kelas.
4. Guru memberitahu kepada murid-murid bahawa air adalah sumber utama kehidupan di bumi.
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.

Strategi:
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan murid

Teknik:
Soal-Jawab

Nilai:
1. Patuh
2. Berani
3. Yakin









Langkah 2
(5 Minit)
B. Kepentingan menjaga kebersihan:

1. Merupakan satu tuntutan agama.
2. Membawa ketenangan dan rasa selesa.
3. Memelihara kesihatan tubuh badan.
4. Disukai oleh kawan-kawan.

Wajib ke atas semua menjaga kebersihan.

1. Guru menjelaskan kepada murid-murid kepentingan untuk menjaga kebersihan.
2. Murid-murid menghayati terhadap tajuk yang diajarkan oleh guru.
3. Guru meminta murid-murid berbincang tentang faedah menjadi pembersih dan keburukkan bagi sesiapa yang mengabaikan kebersihan dalam kumpulan.
4. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan jawapannya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kad imbas.

Kemahiran Berfikir:
Murid menghayati serta mampu mengeluarkan idea sedia ada.

Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan bahan

Teknik:
Penerangan

Nilai:
Bersungguh-sungguh
Displin
Hayati








Langkah 3
(5 Minit)
C. Air adalah nikmat yang paling berharga.

1. Air merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala dan sangat berharga.
2. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Pokok-pokok akan mati tanpa air, manusia juga akan mati tanpa air.
3. Manusia menggunakan air untuk berwudhu, makan, minum, mandi dan sebagainya.
4. Air juga merupakan sumber utama untuk bersuci.
1. Guru menunjukkan video yang menerangkan bahawa air merupakan nikmat Allah yang paling berharga.
2. Guru meminta murid-murid untuk menyenaraikan fungsi-fungsi air terhadap manusia yang mereka dapat daripada video.
3. Guru menerangkan tentang fungsi-fungsi air terhadap manusia.
4. Guru dan murid-murid membaca fungsi-fungsi air terhadap manusia bersama-sama.
Kemahiran Berfikir:
Murid menaakul dan memahami apa yang dipelajarinya.

Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan guru

Teknik:
Soal-Jawab

Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Kerjasama





Penutup
(3Minit)
1. Air merupakan sumber utama bagi setiap kehidupan di Bumi yang perlu dipelihara agar dapat menjamin kesejahteraan semua.
2. Allah menganugerahkan nikmat yang paling berharga kepada seluruh makhluknya iaitu Air.
3.Berwudhu, makan, minum, mandi merupakan fungsi air terhadap manusia.
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.

Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati

Catatan refleksi: Saya berasa seronok harini kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid-murid teruja untuk meneruskan pembelajaran yang penuh dengan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik perhatian. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:

            Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh,
……………….......................                                                 ….……………………………

(HAJAH MALEHA BINTI HJ LAUTO  )

(MUHAMMAD SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)
                                                           
                                                                                   


No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...