RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru :
Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran :
Ibadat (Darjah 2)
Kelas :
2 Syafie
Tarikh :
29 Januari 2019
Masa :
2.30-3.00 Petang
Bilangan :
49 Murid
Tajuk :
Najis
Kemahiran :
Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul,
dan Berfikir
Kaedah : Penerangan, Soal- Jawab, Syarahan
dan Didik Hibur.
Pengajaran Sedia Ada :
Murid mengetahui bahagian-bahagian najis di peringkat Sekolah.
Hasil Pembelajaran :
1. Menyebutkan pengertian najis.
2.
Menyenaraikan 2 bahagian najis.
3. Tuliskan cara membersihkan najis
mughallazah.
Kemahiran Berfikir :
Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai :
Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan bersyukur
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, LCD, komputer riba dan
Kad Imbas
Langkah/
Masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(3
Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا
حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
|
1. Guru meminta murid-murid untuk membaca doa.
2. Guru dan murid membaca doa belajar bersama-sama.
|
Nilai:
1. Khusyuk
|
Set
Induksi
(5
Minit)
|
1. Apakah maksud atau kaitan gambar darah, anjing dan bayi
kencing dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Haiwan
2. Adakah murid-murid tahu bahawa kebersihan merupakan sebahagian
daripada iman? Andaian jawapan: Tahu
3. Tahukah murid-murid bahawa tidak hukum solat jika ada najis di
pakaian, tempat solat atau badan? Andaian jawapan: Tidak tahu
|
1. Guru menunjukkan gambar tersebut kepada murid-murid
menggunakan bahan bantu mengajar iaitu Kad Imbas.
2. Guru menyoal murid-murid soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid memberikan jawapan menggunakan pengetahuan sedia
ada.
4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pelajaran yang
hendak di pelajari.
|
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan sumbang-saran
Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan
Teknik:
Soal-Jawab
Pendekatan:
Deduktif
Nilai:
1. Yakin
2. Berani
3. Bersungguh-sungguh
|
Langkah
1 (5 Minit)
|
A. Pengertian najis
- Dari bahasa: sesuatu yang kotor
- Dari syarak: kekotoran yang tidak sah ibadat seperti solat
dengan sebab adanya pada badan, pakaian atau tempat solat.
B. Contoh-contoh benda yang najis ialah:
1. Tahi
2. Air kencing
3. Darah
4. Nanah
5. Muntah
6. Air liur basi
7. Khinzir
8. Anjing
9. Arak
10.Tuak
11. Bangkai selain ikan dan belalang.
|
1. Guru menerangkan pengertian najis kepada murid-murid.
2. Guru menunjukkan contoh-contoh benda yang najis kepada
murid-murid menggunakan slaid.
3. Guru menyoal murid-murid maksud najis dan murid-murid diminta
menjawab soalan di atas kertas A3 mengikut kreativiti tersendiri.
|
Kemahiran Berfikir:
Mendalami dan ingat apa yang telah di sampaikan oleh guru.
Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan
Teknik:
Pemudahcaraan
Pendekatan:
Induktif
Nilai:
1. Rajin
2. Kreatif
3. Berani
|
Langkah
2
(
7 Minit)
|
C. Bahagian najis:
1. Mughallazah
Najis yang sangat kotor, iaitu anjing dan babi.
2. Mutawasittah
Najis yang sederhana kekotorannya, iaitu selain najis mughallazah
dan najis mukhaffafah.
3. Mukhaffafah
Najis yang ringan kekotorannya, iaitu air kencing kanak-kanak
lelaki yang belum makan selain susu ibu dan umurnya belum sampai dua tahun.
|
1. Guru menerangkan bahagian-bahagian najis menggunakan bahan
bantu mengajar video.
2. Murid-murid menghayati video yang berkaitan dengan tajuk
pelajarannya.
3. Guru meminta murid-murid untuk membincangkan dalam kumpulan terdiri
dari 4 orang tahap-tahap najis yang telah mereka dapat daripada video yang
ditunjukkan.
4. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan jawapan mengikut
pengetahuan sedia ada dengan bimbingan guru.
|
Kemahiran berfikir:
Ingat dan memahami yang telah disampaikan ketika pembelajaran
dijalankan.
Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan murid
Teknik:
Kerja kumpulan
Pendekatan:
Induktif
Nilai:
1. Kritis
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh
|
Langkah
3
(
8 Minit)
|
D. Cara membersihkan najis:
1. Cara membersihkan najis mughallazah:
- Hilangkan ain (Benda) najis
- Basuh menggunakan air mutlak sebanyak 7 kali satu daripadanya
air tanah dengan mengalirkan air tersebut ke tempat terkena najis.
- Memadai jika 7 kali basuhan itu telah menghilangkan ainnya.
- Nama lain bagi mughallazah ialah sertu.
2. Cara membersihkan najis mutawasittah:
- Hilangkan ain terdahulu.
- Basuh menggunakan air mutlak sekali tetapi 3 kali lebih afdhal.
- Memadai jika sekali basuhan air mutlak telah menghilangkan
ainnya.
- Tiada bau, rasa dan warna pada tempat terkena najis.
3. Cara membersihkan najis mukhaffafah:
- Hilangkan ainnya terlebih dahulu.
- Renjis tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
- Memadai jika ain di tempat najis tersebut telah bersih.
4. Najis Hukmi
- Renjis air mutlak secara merata ke atas lantai yang terkena
najis.
5. Najis Aini
- Lap dahulu najis sehingga kering
- Renjis dengan air mutlak secara merata
|
1. Guru menerangkan cara-cara membersihkan najis mughallazah,
mutawasittah dan mukhaffafah mengikut langkah yang telah ditetapkan melalui
bahan bantu mengajar iaitu bahan maujud.
2. Guru melakukan contoh cara pembersihan najis mughallazah,
mutawasittah dan mukhaffafah di dalam kelas.
3. Guru meminta murid-murid bahagi dalam kumpulan yang terdiri
daripada 4 orang untuk melakukan amali
pembersihan najis mengikut kumpulan.
4. Guru bertindak sebagai pembimbing dan memantau murid-murid.
|
Kemahiran berfikir:
Memahami dan mengaplikasi apa yang telah di pelajari.
Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan
Teknik:
Demonstrasi
Pendekatan:
Induktif
Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Displin
3. Patuh
|
Penutup
(
3 Minit)
|
Jauhi najis:
1. Kita wajib menjauhi najis
2. Kita tidak boleh makan dan minum sesuatu yang mengandungi
najis.
3. Sebelum solat, pastikan tiada najis pada badan, tempat dan
pakaian. Sekiranya ada najis, hukum solat tidak sah.
|
1. Guru menerangkan tentang kebaikkan dan keburukkan najis.
Murid-murid menghayati terhadap penerangan guru.
2. Guru memberikan nasihat serta kata-kata semangat kepada
murid-murid.
|
Kemahiran berfikir:
Merumus pelajaran yang telah di pelajari.
Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghayati
3. Menghargai
|
Catatan
refleksi: saya berasa amat gembira kerana kesemua murid-murid memberi respon
yang positif untuk aktiviti-aktiviti yang saya sediakan untuk mereka dan menggalakkan
mereka untuk memberikan pandagan atau pendapat masing-masing supaya dapat
mencapai kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, saya cuba memperbanyakkakn
lagi aktiviti-aktiviti yang boleh mencabar minda murid.
Ulasan
pensyarah guru pembimbing:
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
…………………………….
……………………………..
(MUHAMMAD SABIQ JAFNI (HAJAH
MALEHA BINTI HJ BIN
KASMUNI)
LAUTO)
No comments:
Post a Comment