Friday, January 11, 2019

RPH 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru                             : Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran                        : Ibadat (Darjah 2)
Kelas                                      : 2 Syafie
Tarikh                                     : 30 Januari 2019
Masa                                        : 2.30-3.00 Petang
Bilangan                                 : 49 Murid
Tajuk                                      : Wudhu
Kemahiran                              : Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul, dan Berfikir
Kaedah                                    : Penerangan, Soal- Jawab, Menyanyi dan Didik Hibur.
Pengajaran Sedia Ada            : Murid mengetahui cara-cara berwudhu di peringkat Sekolah.       
Hasil Pembelajaran                 : 1. Menyebutkan 4 anggota fardhu ketika wudhu.
                                                  2. Menyenaraikan 2 perkara yang boleh membatalkan wudhu.
                                                  3. Tuliskan 2 faedah berwudhu.
Kemahiran Berfikir                : Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai                      : Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan bersyukur
Bahan Bantu Mengajar           : Buku teks, LCD, Kad Imbas, Pembesar Suara, Komputer riba dan Video

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Pendahuluan (2 Minit)
Ucapan salam dan bacaan doa.

(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
1. Guru meminta murid-murid untuk membaca  doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
Nilai:
1. Khusyuk



Set Induksi
(5 Minit)
1. Apakah kaitan atau maksud dari video “Upin&Ipin” dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Solat
2. Bilakah waktu lain wudhu boleh digunakan selain untuk menunaikan solat? Andaian jawapan: Membaca al-Quran atau Tawaf
3. Apakah ibadat yang mewajibkan untuk berwudhu ? Andaian jawapan: Solat, Tawaf atau menyentuh al-Quran
1. Guru menunjukkan video di papan putih kelas.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang hendak di pelajari.
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran

Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan

Pendekatan:   
Deduktif

Nilai:
1. Berani
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh



Langkah 1
 (5 Minit)
A. Pengertian Wudhu
- Pada bahasa: Mengambil air sembahyang
- Pada istilah: Membasuh anggota-anggota tertentu dengan air yang bersih berpandukan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat kerana Allah Taala.
- Ibadat yang mewajibkan berwudhu ialah Solat, Tawaf dan menyentuh al-Quran
1. Guru menjelaskan pengertian wudhu kepada murid-murid.
2. Guru meminta wakil murid untuk menjelaskan pengertian wudhu di hadapan kelas.
3. Guru menyoal murid-murid tentang penerangan yang disampaikan oleh wakil murid.
4. Murid-murid gigih menjawab soalan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada.
5. Guru menjelaskan kepada murid bahawa solat, tawaf dan menyentuh al-Quran merupakan ibadat yang mewajibkan berwudhu .
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.

Strategi:
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan murid

Teknik:
Pemudahcaraan

Pendekatan:
Induktif

Nilai:
1. Rajin
2. Berani
3. Yakin




Langkah 2
( 5 Minit)
B. Fardhu-fardhu wudhu:
- Fardhu wudhu ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan ketika mengambil  wudhu
C. Fardhu wudhu ada 6 perkara:
1. Niat
( نويت رفع الحدث الأصغر لله تعالى)
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali
Tertib

1. Guru menerangkan pengertian fardhu wudhu kepada murid-murid.
2. Guru menunjukkan contoh amali mengambil wudhu di dalam kelas .
3. Guru meminta setiap murid untuk melakukan amali mengambil wudhu dengan bimbingannya.
4. Guru menyoal murid-murid niat untuk mengambil wudhu.
Kemahiran Berfikir:
Murid memahami dan ingat apa disampaikan oleh guru dengan baik.

Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan

Teknik:
1. Demonstrasi
2. Pemudahcaraan

Nilai:
1. Berani
2. Displin
3. Patuh






Langkah 3
(10 Minit)
D. Sunat-sunat wudhu
1. Sunat sebelum wudhu:
- Membaca Bismillah
- Membasuh tangan kanan hingga kepergelangan
- Berkumur-kumur(مضمضة)
- Memasukkan dan menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya (إستنشاق).

2. Sunat ketika wudhu:
- Menyebut lafaz niat
- Menyaluti air-air ke celah jari tangan dan kaki
- Menyapu air kepada seluruh kepala
- Membasuh telinga
- Mendahulukan anggota sebelah kanan
- Melakukan tiap-tiap perbuatan wudhu sebanyak 3 kali
- Melakukan secara berturut-turut(موالاة)




3. Sunat selepas wudhu:
- Membaca doa selepas wudhu
( أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا
عبده ورسول, اللهم اجعلني من التوابين, واجعلني من المتطهرين, واجعلني من عبادك الصالحين)


1. Guru menunjukkan perkara-perkara sunat sbelum, ketika dan selepas wudhu menggunakan slaid.
2. Guru meminta murid-murid untuk menyenaraikan 2 perkara sunat sebelum dan 2 ketika berwudhu di papan putih kelas.
3. Guru membaca doa lafaz wudhu dan doa selepas wudhu kepada murid-murid.
4. Guru dan murid-murid membacakan doa lafaz wudhu dan doa selepas wudhu bersama-sama.
Kemahiran Berfikir:
Murid menghafal dan memahami apa yang dipelajarinya.

Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan guru

Teknik:
Penerangan

Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Khusyuk


Penutup
(3Minit)
1. Wudhu adalah perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam jika hendak menunaikan solat, tawaf dan menyentuh al-Quran.
2. Ulang sebanyak 3 kali merupakan salah satu perkara sunat di lakukan ketika berwudhu.
3. Setiap perbuatan perlu di mulakan dengan niat supaya dapat mengecapi apa yang dikehendaki dengan baik.
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.

Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati
Catatan refleksi: Saya merasa begitu bahagia kerana dapat menyampaikan ilmu kepada murid dengan mengaplikasikan teknik-teknik mengajar yang berkesan dan mendidik murid-murid supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni demi menjaga kemaslahatan sesama manusia. Oleh itu, saya akan membuat tambah nilai dalam diri bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan bermutu tinggi.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:

Disediakan oleh:
……………………………..
(MUHAMMAD SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)

Disahkan oleh:
……………………………..
(HAJAH MALEHA BINTI HJ LAUTO)
 


No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...