RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru :
Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran :
Ibadat (Darjah 2)
Kelas :
2 Syafie
Tarikh :
31 Januari 2019
Masa :
2.30-3.00 Petang
Bilangan :
49 Murid
Tajuk :
Wudhu
Kemahiran :
Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul,dan Berfikir
Kaedah : Pemudahcaraan, kerja kumpulan dan
pembelajaran mediatif.
Pengajaran Sedia Ada :
Murid mengetahui menyempurnakan wudhu di peringkat Sekolah.
Hasil Pembelajaran :
1. Menyebutkan cara mengecapi kesempurnaan wudhu.
2. Menyenaraikan 3 perkara yang boleh
membatalkan wudhu.
3. Tuliskan 3 perkara-perkara makruh ketika
berwudhu.
Kemahiran Berfikir :
Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai :
Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan bersyukur
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, LCD, Kompter riba dan
Kad Imbas
Langkah/
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2 Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا
حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
|
1. Guru meminta murid-murid untuk
membaca doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
|
Nilai:
1. Khusyuk
|
Set
Induksi
(5
Minit)
|
1. Apakah kaitan atau maksud lakonan menjadi mabuk dan tidur
dengan ganas dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Sakit
2. Tahukah murid-murid kentut mampu membatalkan wudhu ? Andaian
jawapan: Tahu
3. Adakah wudhu hanya boleh dilakukan ketika ingin menunaikan
solat sahaja ? Andaian jawapan: Tidak
|
1. Guru melakonkan perbuatan mabuk dan tidur dengan ganas di
hadapan kelas.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang
hendak di pelajari.
|
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran
Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
Pendekatan:
Deduktif
Nilai:
1. Berani
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh
|
Langkah
1 (10 Minit)
|
A. Perkara yang membatalkan wudhu:
1. Keluar benda daripada qubul atau dubur.
2. Tidur yang tidak tetap punggung.
3. Hilang akal dengan sebab.
4. Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang halal bernikah
dengan tiada berlapik sama ada sengaja atau tidak.
5. Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tapak tangan atau
perut jari sama ada sengaja atau tidak.
|
1. Guru menerangkan perkara-perkara yang membatalkan wudhu
melalui bahan bantu mengajar iaitu Kad Imbas.
2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan perkara yang
membatalkan wudhu dalam kumpulan yang terdiri daripada 2 orang dalam aplikasi
“Power Point” menggunakan komputer.
3. Guru membimbing dan memantau gerak kerja murid-murid.
4. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang menyiapkan dengan
baik.
|
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.
Strategi:
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan bahan
Teknik:
Pembelajaran mediatif
Nilai:
1. Patuh
2. Berani
3. Yakin
|
Langkah
2
(5
Minit)
|
B. Kesempurnaan wudhu
1. Kita hendaklah melakukan wudhu kerana Allah dengan sempurna.
2. Kita perlulah mengikut adab-adab wudhu dan melakukan
perkara-perkara sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang makruh semasa
berwudhu.
|
1. Guru menjelaskan kepada murid-murid pentingnya kesempurnaan
wudhu menggunakan kitab.
2. Murid-murid menghayati terhadap tajuk yang diajarkan oleh
guru.
3. Guru menyoal murid tentang kepentingan kesempurnaan wudhu.
4. Guru memberikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab
dengan baik.
|
Kemahiran Berfikir:
Murid menghayati serta mampu mengeluarkan idea sedia ada.
Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan bahan
Teknik:
Pemudahcaraan
Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Displin
3. Hayati
|
Langkah
3
(5
Minit)
|
C. Perkara-perkara yang makruh ketika berwudhu:
1. Menggunakan air dengan berlebihan.
2. Membasuh anggota wudhu lebih 3 kali.
3. Mendahulukan anggota sebelah kiri.
4. Bercakap ketika berwudhu
5. Mengeringkan air wudhu dengan mengelap atau seumpamanya.
|
1. Guru menunjukkan video kartun yang menerangkan perkara-perkara
yang makruh ketika berwudhu.
2. Guru meminta murid-murid untuk menuliskan 3 perkara-perkara
yang membatalkan wudhu dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang.
3. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan
idea yang dibincangkan.
4. Guru dan murid-murid membaca perkara yang boleh membatalkan
wudhu bersama-sama.
|
Kemahiran Berfikir:
Murid menaakul dan memahami apa yang dipelajarinya.
Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan guru
Teknik:
Kerja kumpulan
Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Kerjasama
|
Penutup
(3Minit)
|
1. Wudhu terbatal apabila salah satu daripada pekara-perkara yang
membatalkan wudhu dilakukan.
2. Kesempurnaan berwudhu perlu di ambil berat bagi menjamin
kualiti ibadat yang dijalankan.
3. Perbuatan yang melampau daripada tetapan boleh dikategori
sebagai makruh dalam skop ketika berwudhu.
|
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang
dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
|
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.
Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati
|
Catatan refleksi: Saya berasa
seronok kerana murid-murid bersemangat untuk mempelajari ilmu dan sentiasa
mencuba memberikan pendapat masing-masing ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di jalankan . Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikkan pada
masa akan datang.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:
Disediakan
oleh: Disahkan
oleh,
………………....................... ….……………………………
(HAJAH
MALEHA BINTI HJ LAUTO )
|
(MUHAMMAD
SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)
|
No comments:
Post a Comment