Friday, January 11, 2019

RPH 7


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru                             : Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran                        : Ibadat (Darjah 2)
Kelas                                       : 2 Syafie
Tarikh                                      : 1 Februari 2019
Masa                                        : 2.30-3.00 Petang
Bilangan                                  : 49 Murid
Tajuk                                        : Azan dan Iqamat
Kemahiran                               : Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul,dan Berfikir
Kaedah                                     : Pemudahcaraan, Pengajaran modul dan Didik Hibur.
Pengajaran Sedia Ada              : Murid mengetahui tanggungjawab muazzin di peringkat                                                       Sekolah.       
Hasil Pembelajaran                  : 1. Menyebutkan pengertian azan.
                                                   2. Menyenaraikan 2 tujuan azan.
                                                   3. Tuliskan 3 syarat untuk menjadi seorang muazzin.
Kemahiran Berfikir                : Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai                      : Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan                                                          bersyukur
Bahan Bantu Mengajar           : Buku teks, LCD, Komputer riba dan Kad Imbas

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Pendahuluan (2 Minit)
Ucapan salam dan bacaan doa.

(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
1. Guru meminta murid-murid untuk membaca  doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
Nilai:
1. Khusyuk





Set Induksi
(5 Minit)
1. Apakah kaitan atau maksud gambar masjid dan muazzin dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Solat berjemaah
2. Tahukah murid-murid kaum hawa tidak boleh melaungkan azan? Andaian jawapan: Tidak tahu
3. Adakah orang beragama selain Islam boleh menjadi Muazzin? Andaian jawapan: Tidak
1. Guru memaparkan gambar-gambar mengunakan slaid pada papan putih.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang hendak di pelajari.
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran

Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
3. Berpusatkan bahan

Pendekatan:   
Deduktif

Nilai:
1. Berani
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh



Langkah 1 (10 Minit)
A. Pengertian Azan
- Azan adalah lafaz seruan memanggil orang ramai untuk melakukan solat.
- Azan juga di namakan “Bang”
- Orang yang melaungkan azan dinamakan “Muazzin”.
1. Guru menjelaskan pengertian azan kepada murid-murid menggunakan bahan bantu mengajar iaitu Kad Imbas.
2. Guru menyoal murid-murid nama panggilan lain bagi orang yang melaungkan azan.
3. Guru meminta murid untuk meletakkan Kad Imbas yang mengandungi gambar pada tempat yang betul dengan menggunakan permainan “Siapa kena”.
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.

Strategi:
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan murid

Teknik:
Didik-Hibur

Nilai:
1. Patuh
2. Berani
3. Yakin



Langkah 2
(5 Minit)
B. Tujuan azan:
- Memberitahu kepada orang ramai masuknya waktu solat fardhu
- Meninggikan syiar Islam
- Mengajak menuju kejayaan

1. Guru menjelaskan tujuan azan dilaungkan kepada murid-murid menggunakan kitab.
2. Guru menceritakan faedah dan kebaikkan azan dilaungkan.
3. Murid-murid menghayati terhadap tajuk yang diajarkan oleh guru.

Kemahiran Berfikir:
Murid menghayati serta mampu mengeluarkan idea sedia ada.

Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan bahan

Teknik:
Pengajaran modul

Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Displin
3. Hayati


Langkah 3
(5 Minit)
C. Hukum Azan:
- Sunat yang dituntut (Sunat Muakad) sebelum melakukan solat.
- Syarat Muazzin adalah lelaki, beragama Islam dan mumayiz.
1. Guru menerangkan hukum azan dikumandangkan dalam slaid yang dipaparkan pada papan putih.
2. Guru meminta murid-murid untuk menyenaraikan syarat-syarat untuk menjadi seorang muazzin .
3. Guru menyoal murid-murid di dalam kelas hukum azan dilaungkan.
Kemahiran Berfikir:
Murid menaakul dan memahami apa yang dipelajarinya.

Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan guru

Teknik:
Pemudahcaraan

Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Kerjasama


Penutup
(3Minit)
1. Hukum azan ialah sunat muakad iaitu sunat yang dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam.
2. Muazzin haruslah seorang lelaki, beragama Islam dan mumayiz.
3. Berkumandangnya azan adalah bertujuan bagi memberitahu seluruh umat Islam bahawa telah tiba waktu untuk melakukan ibadah solat.
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.

Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati



Catatan refleksi: Saya berasa gembira kerana sesi pengajaran dan pembelajaran harini dapat berjalan seperti mana yang telah dirancangkan dan dapat membantu murid untuk mengasahkan ketajaman daya pemikiran mereka walaupun terdapat seorang murid yang suka tidur di dalam kelas ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikkan penggunaan teknik mengajar dan menyediakan air putih di dalam kelas sebagai satu inisiatif membantu murid daripada mengantuk.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:

            Di sediakan oleh:                                                                    Di sahkan oleh,
……………….......................                                                 ….……………………………

(HAJAH MALEHA BINTI HJ LAUTO )

(MUHAMMAD SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)
                                                           

No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...