Friday, January 11, 2019

Kaedah Dan Teknik Mengajar



KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

SIMULASI: MAIN PERANAN DAN LAKONAN

KONSEP

  •        Simulasi merupakan suatu keadah teknik mengajar di dalam sesi pembelajaran dalam keadaan teratur atau terkawal dan sengaja dikaitkan sama dengan situasi dalam realiti kehidupan sebenar bertujuan mengadakan latihan menyelesaikan suatu masalah. Murid berperanan sebagai pelakon dalam aktiviti pembelajaran simulasi melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam satu keadaan yang teratur.
JENIS-JENIS SIMULASI

  •        SOSIODRAMA
-          Tema bagi aktiviti lakonan sosiodrama ialah berpandukan suatu cerita yang menunjukkan suatu situasi atau isu berkonflik.
-          Guru menyediakan terlebih dahulu skrip lakonan agar murid-murid yang dipilih untuk berlakon dapat membaca dan membuat persiapan.
-          Hasil dairpada aktiviti lakonan ini dapat mendorong murid untuk menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, mengatur idea, dan melatih mereka bergerak secara spontan jika menghadapi situasi berkonflik yang sama.
-          Perbincangan atau posmoterm akan dilakukan setelah selesai aktiviti lakonan bagi menganalisis dan membuat penambahbaikkan pada lakonan watak-watak dan membuat rumusan.


  •     MAIN PERANAN
-          Main peranan merupakan satu aktiviti lakonan yang dijalankan oleh sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip.
-          Aktiviti lakonan main peranan ini dijalankan oleh murid-murid dengan membayangkan situasi atau peristiwa lalu melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan.
-          Tempoh masa bagi aktiviti main peranan ini kebiasaannya antara 5-6 minit kerana bertujuan menyelesaikan masalah yang tertumpu pada satu perkara sahaja.
-          Tamat dan selesainya aktiviti lakonan, rumusan dan penilaian tahap atau prestasi pelakon-pelakon hendaklah diadakan.

TUJUAN-TUJUAN SIMULASI

  1.       Untuk menguasai kemahiran
  2.         Untuk membina pemikiran secara kritis dan analitis
  3.        Untuk membina sikap positif
  4.        Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif
  5.        Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah
  6.        Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN SIMULASI

  1.         Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.
  2.       Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi masalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan.
  3.         Guru memilih murid-murid menjadi pelakon-pelakon.
  4.         Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.
  5.        Guru berbincang dengan murid-murid pretasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah.
  6.        Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.
TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

KONSEP

  • Kemahiran tenaga pengajar mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti atau contoh di hadapan murid dalam bilik darjah merupakan sejenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang disebut sebagai Tunjuk Cara.
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA

  •      Sebelum Demonstrasi
-          Pemilihan topik, objektif dan pengisian tajuk haruslah disediakan terlebih dahulu oleh guru.
-          Penyediaan alatan dan radas perlu disusun berdasarkan langkah-langkah demonstrasi yang ditetapkan.
-          Tempat demonstrasi perlu disediakan bagi memastikan semua murid dapat menontonnya dengan jelas.
-          Penggunaan alat, radas atau bahan yang mungkin mampu menyebabkan berlaku kemalangan hendaklah dalam keadaaan selamat sebelum digunakan.


  •        Semasa Demonstrasi
-          Guru hendaklah memandang ke arah murid ketika memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan
-          Pengulangan penerangan hendaklah dilakukan jika terdapat murid yang tidak dapat memahami penerangan guru dengan baik.
-          Penggunaan teknik menyoal digalakkan dalam pengajaran bagi menarik perhatian murid.
-          Guru perlu memastikan setiap murid dapat mendengar dan menyaksikan demonstrasi dengan jelas dan baik.
-          Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta wakil murid untuk melakukan demonstrasi sekali lagi bagi memantapkan pemahaman tentang cara melaksanakannya.


  •         Selepas Demonstrasi
-          Perbincangan hendaklah dijalankan bersama murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. Proses ini diadakan bagi memastikan sejauh mana pemerhatian yang dibuat oleh murid langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul
-          Pengajar perlu mengadakan perbincangan bersama murid bagi menerangkan tujuan demonstrasi agar mereka dapat menghasilkan sebuah rumusan yang tepat.
-          Mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota atau mencontohi guru daripada aktiviti demonstrasi boleh dilakukan oleh murid bagi mengukuhkan kefahaman selepas aktiviti demonstrasi diadakan.

JENIS-JENIS DEMONSTRASI


  •         Model hidup
-          Pengguasaan kemahiran demonstrasi oleh guru dan murid  untuk menjalankan aktiviti demonstrasi.

  •         Model simbolik
-          Langkah-langkah secara bertulis , bergambar atau arahan guru menjadi panduan untuk melakukan tunjuk cara di dalam bilik darjah.

  •        Model persepsi
-          Penggunaan teknologi bagi menunjukkan demonstrasi kepada murid melalui penayanggan video.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI TUNJUK AJAR

  •         Perancangan
-          Penentuan topik dan objektif
-          Perancangan langkah-langkah demonstrasi
-          Persediaan alatan dan radas
-          Penyusunan tempat demonstrasi


  •         Pelaksanaan
-          Penerangan bertujuan demonstrasi
-          Pelaksanaan demonstrasi dengan pengajar sebagia model hidup
-          Penggunaan alat/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan
-          Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik minat perhatian


  •         Latihan
-          Murid mencontohi pengajar melaksanakan aktiviti kemahiran
-          Pengajar membetulkan kesilapan murid


  •         Penutup
-          Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan
-          Murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan.



PERBINCANGAN

KONSEP

  •      Interaksi antara guru dan murid yang dijalankan dalam bilik darjah, atau suatu jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran bertujuan bertukar-tukar idea atau pendapat serta berkongsi info tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru adalah salah satu teknik atau kaedah mengajar yang dipanggil Perbincangan.
BENTUK PERBINCANGAN
1. Perbincangan keseluruhan kelas yang akan diketuai dan diarahkan oleh guru.
2. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil dijalankan oleh murid sebagai ketua.

TUJUAN PERBINCANGAN
-          Memberi dorongan perkembangan mental murid agar mereka mampu menabur idea dan pandangan secara kritis, sistematik dan tepat.
-          Mengalakkan murid untuk berfikir dengan teliti, berinteraksi dengan gaya yang menarik, berkongsi pendapat dengan jelas, tepat dan logik.
-          Membuka peluang murid untuk mengaplikasikan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara efektif, di samping memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif.
PRINSIP-PRINSIP PERBINCANGAN
-          Pemilihan topik yang berpandukan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid hendaklah dilakukan oleh guru bagi menggalakkan seramai mana murid untuk menyertai atau menglibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.
-          Topik perbincangan perlu dielakkan daripada mengandungi isu sensitif yang menyentuh soal perkauman dan agama.
-          Skop untuk topik yang ditentukan perlulah jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukkan masa dalam sesi perbincangan.

SUMBANGSARAN

KONSEP

  •         Sumbangsaran atau dikenali sebagai percambahan fikiran adalah satu aktiviti perbincangan yang mendorong setiap ahli kumpulan memberi pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Penggunaan teknik sesi buzz membantu untuk mengeluarkan idea mencari jalan penyelesaian kepada sesebuah masalah yang diharapkan.
TUJUAN SUMBANGSARAN

  •           Melatih murid-murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik, kritis dan analitis.
  •           Menanam semangat kerjasama dalam berkongsi maklumat sesama murid.
  •      Mengalakkan murid untuk menguasai kemahiran interaksi atau lisan yang professional dan bermutu tinggi.
  •           Melatih murid-murid untuk berusaha bersama-sama dalam menyelesaikan masalah.
PRINSIP-PRINSIP SUMBANGSARAN

  •          Tajuk perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
  •       Rujukan atau panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang disediakan oleh guru       haruslah ringkas dan jelas.
  •       Ahli-ahli kumpulan harus terdiri daripada yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan.
  •          Pemilihan pengerusi yang berpengaruh haruslah dilakukan dengan tepat bagi mendorong ahli-ahli yang lain memberi cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan.
  •      Catatan harus dibuat setiap kali ada perkongsian idea dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam perbincangan sesi umum.

LANGKAH-LANGKAH SUMBANGSARAN

  •         Peringkat permulaan
-          Mengemukakan soalan-soalan perbincangan
-          Menerangkan tujuan perbincangan
-          Menghuraikan garis panduan perbincangan
-          Membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil

  •         Peringkat perbincangan
-          Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian
-          Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukan


  •         Peringkat penilaian dan rumusan
-          Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea di depan kelas
-          Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan
-          Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui

KERJA KUMPULAN

KONSEP

  •   Satu kaedah atau teknik pengajaran yang lebih tertumpu pada penglibatan murid dalam  pembelajaran secara kumpulan ketika dalam bilik darjah atau lebih mudah untuk dikenali sebagai pembelajaran yang menggunakan strategi berpusatkan murid. Aktiviti secara berkumpulan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran yang tertentu berpandukan kadar pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan mereka.
JENIS-JENIS KUMPULAN

  •         Kumpulan mengikut kebolehan

  1.           Pembentukan kumpulan ini mengikut kesesuaian bahawa terdapat pembezaan kebolehan dalam pengguasaan kemahiran di kalangan murid untuk sesebuah kelas.
  2.           Pembahagian murid-murid dalam sesebuah kelas dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat mengikut peringkat pencapaian murid daripada hasil penilaian.



  •         Kumpulan pelbagai kebolehan

  1.           Setiap kumpulan kecil ini dibentuk daripada pelbagai kebolehan yang terdiri daripada murid-murid cerdas, sederhana dan lambat.
  2.        Pembentukan atau gabunggan pelbagai kebolehan dalam sesebuah kumpulan ini amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran seperti permainan , simulasi, perbincangan, projek, ujikaji dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan bimbingan daripada murid-murid cerdas.
TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN

  •      Pembelajaran secara berperingkat merupakan aktiviti yang mampu membantu murid-murid cerdas terus maju melalui aktiviti pengayaan manakala murid-murid lambat berusaha menguasai kemahiran asas melalui aktiviti pemulihan.
  •     Guru dapat merancang aktiviti pembelajaran berdasarkan kebolehan kumpulan serta mudah memberi bimbingan yang wajar
  •        Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kebolehan adalah            bertujuan untuk membolehkan murid-murid mengadakan aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti simulasi, permainan, perbincangan dan projek.
  •    Memupuk bakat kepimpinan murid-murid cerdas serta nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan tolenrasi.
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN BERKUMPULAN

  •     Penilaian harus dilakukan oleh guru bertujuan mengetahui taraf pencapaian murid untuk memastikan murid-murid diletakkan dalam kumpulan yang sesuai.
  •    Perlantikan ketua kumpulan harus diadakan bagi menjamin serta membantu guru dalam menguruskan aktiviti kumpulan.
  •      Meja dan kerusi hendaklah disusun mengikut kesesuaian untuk melaksanakan aktiviti secara kumpulan.
  •       Memberi arahan secara jelas dah mudah difahami perlu diberikan kepada murid agar mereka boleh mengikuti sepenuhnya tanpa sebarang kesilapan sebelum aktiviti dijalankan.
  •           Penyediaan bahan-bahan pembelajaran harus dilengkapkan dengan cukup agar setiap kumpulan dapat menggunakannya dalam masa yang ditetapkan.
PENGAJARAN MODUL

KONSEP

  •          Suatu teknik atau kaedah mengajar seseorang di mana murid merujuk panduan dan arahan guru, mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bahan bercetak atau perisian komputer dan menyempurnakan kerja kursus mengikut unit-unit pelajaran yang disediakan.
CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL

  •        Menentukan objektif pelajaran yang khusus bagi memudahkan guru mengukur pencapaian      murid selepas aktiviti pembelajaran.
  •           Pengisian unit-unit atau pakej-pakej pelajaran disusun mengikut kaedah pembelajaran individu. Setiap unit atau pakej pelajaran mempunyai objektif, panduan belajar, arahan, bahan-bahan membaca, senarai takrif, istilah, buku-buku rujukan, kerja kursus dan ujian.
  •        Penyusunan daripada mudah kepada kompleks untuk turutan unit-unit pelajaran sangat sesuai dengan perkembangan pembelajaran individu.
  •       Guru menjadi pembimbing atau tutor, dengan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
PROSES PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL

  •       Murid perlu dinilai dengan ujian pra untuk mengukur kemahiran dan ilmu pengetahuan asas tentang modul yang akan dirancangkan sebelum pengajaran dan pembelajaran modul dilaksanakan. Modul adalah dibentuk berpandukan maklumat yang didapati daripada pra ujian.
  •       Set induksi yang menarik dilaksanakan pada awal pengajaran dan pembelajaran supaya minat murid dapat dikembangkan untuk mengadakan aktiviti pembelajaran.
  •       Murid dibimbing berdasarkan panduan dan arahan yang terdapat dalam bahan-bahan pelajaran, menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri, dan sempurnakan kerja kursus yang ditugaskan.
  •       Penilaian akan dilakukan pada peringkat akhir bertujuan mengesan pencapaian murid.

PENYELESAIAN MASALAH

KONSEP

  •          Aktiviti atau tugasan yang menglibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz, atau penggunaan kemahiran matematik dalam situasi yang sebenar dipanggil sebagai Penyelesaian masalah. Penentuan strategi atau kaedah penyelesaian perlu ditentukan bagi menjamin kejayaan mencari jalan penyelesaian bagi sesebuah masalah yang dihadapi.
JENIS-JENIS PENYELESAIAN MASALAH

  •        Kaedah penyelesaian masalah sendiri
  •        Kaedah inkuiri
  •        Kaedah dapatan
  •        Sumbangsaran
  •        Teknik TOC
KAEDAH DAN TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

  •           Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk mencari jalan penyelesaian yang ditimbulkan dalam penggunaan kaedah penyelesaian masalah.
  •       Teknik penyelesaian masalah kebiasaannya melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang akan dikemukan , mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah itu, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti penyelesaian.
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

  •        Menyediakan set soalan bermasalah diberikan kepada murid sebaik sahaja memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan
  •           Membina soalan bermasalah berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
  •       Pengajar atau guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk memahami dan mengenal pasti masalah itu sebelum memulakan proses penyelesaian masalah.
  •           Menyelesaikan masalah dengan berbincang jalan penyelesaiannya bersama murid-murid.
  •          Guru perlu mengelakkan diri daripada memberi tunjuk ajar tentang cara menyelesaikan masalah kepada murid-murid. Dalam kaedah ini, murid perlu berfikir dan mencari jalan penyelesaian perlu dilakukan oleh murid sendiri dengan bimbingan daripada guru bagi membantu proses penyelesaian masalah berjalan lancar.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DENGAN KAEDAH PENYELESAIAN
MASALAH

  •         Model Dewey

  1.            Mengenal pasti masalah
  2.            Mencari maklumat rumusan
  3.            Membuat hipotesis
  4.            Menguji hipotesis
  5.            Menilai dan membuat rumusan


  •       Model Poyla

  1.            Memahami soalan bermasalah
  2.            Merancang strategi penyelesaian
  3.            Melaksanakan strategi penyelesaian
  4.            Menyemak masalah dan penyelesaiannya semula


  •         Model Lester

  1.            Kesedaran masalah
  2.            Kefahaman masalah
  3.            Analisis objektif
  4.            Perancangan strategi
  5.            Perlaksanaan strategi
  6.           Prosedur dan penilaian penyelesaian


  •         Teknik TOC (Theory of Constraints)
-          -  Kesedaran dan mengenal pasti situasi bermasalah
·         Pernyataan masalah
·         Menentukan apa yang perlu diselesaikan
·         Menentukan objektif penyelesaian
-          -  Mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah
·         Menentukan apa perubahan yang berlaku

-          --Perlaksanaan kaedah penyelesaian masalah
·         Mengendalikan proses perubahan

PEMUDAHCARAAN

KONSEP

  •         Salah satu teknik atau kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bagi menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Pemudahcaraan juga boleh dimaksudkan sebagai suatu proses yang memudahkan perjalanan sesuatu tindakan. Guru yang mengaplikasikan teknik pemudahcaraan merupakan individu yang mampu memotivasikan atau memberi peneguhan positif kepada murid-murid supaya untuk bersedia menjalani sesi pembelajaran, mengalakkan mereka bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan segala proses pembelajaran berjalan dengan lancar secara terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK AKTIVITI PERBINCANGAN

  1.            Kemahiran menentukan struktur perbincangan
  2.            Teknik memulakan perbincangan
  3.            Teknik mengawal proses perbincangan
  4.            Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan
·         Teknik melibatkan murid-murid menyertai aktiviti perbincangan
·         Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan
·         Kemahiran menggunakan teknik menyoal

  1.          Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan
  2.           Kemahiran membimbing murid merumus dan membuat cadangan
CIRI-CIRI PEMUDAHCARAAN

  •         Penyoalan
-          Kaedah ini ialah strategi pemudahcaraan untuk mengeluarkan idea murid dan membimbing mereka ketika mengadakan aktiviti supaya objektif pelajaran berjaya dicapai. Kemahiran penyoalan digunakan untuk mendorong murid berfikir secara kritis dan kreatif di dalam peringkat perkembangan, di peringkat penutup pula kemahiran penyoalan menjadi pengukur atau penilaian pencapaian objektif pelajaran.

  •         Percontohan
-          Pemilihan contoh yang sesuai mewakili keseluruhan aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada murid demi menggerakkannya berasaskan usaha sendiri menyempurnakan aktiviti atau tugasan dalam pemudahcaraan.


  •         Scaffolding
-        Mengikut proses pemudahcaraan, Scaffolding adalah sesuatu bantuan sosial dalam zon perkembangan prokimal, dengan menentukan aktiviti atau tugasan kepada beberapa langkah kecil mengikut aras kefahaman murid dan dipermudahkan secara verbal sehingga murid dapat mencapai kejayaan.

KAEDAH INKUIR


            1.    Inkuiri Terbimbing

·         Suatu proses yang memerlukan guru sebagai pembimbing murid-murid ketika menjalankan proses kajian. Inkuiri terbimbing ini relevan diaplikasikan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.

2. Inkuiri Terbuka

·         Suatu proses ujikaji yang dijalankan tanpa ada guru sebagai pembimbing dan sepenuhnya bergantung pada usaha murid sendiri. Penggunaan inkuiri terbuka ini sesuai atau padan untuk peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih tinggi.

                   3.      Model Inkuiri Sains
·         Suatu proses mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey seperti berikut:
ü  Mengenal pasti masalah
ü  Mencari maklumat
ü  Membuat hipotesis
ü  Menguji hipotesis
ü  Menilai dan membuat rumusan
PRINSIP-PRINSIP KAEDAH INKUIRI

  •            Memilih topik kajian mengikut objektif pelajaran serta kebolehan murid
  •            Menyediakan alatan dan radas yang perlu digunakan untuk menjalankan kajian
  •            Berbincang dengan murid-murid mengenai tujuan kajian tersebut
  •            Pastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah melaksanakan kajian
  •            Membimbing murid melaksanakan proses kajian dalam setiap peringkat
  •            Elakkan memberi jawapan atau memberitahu murid kesimpulan yang diharapkan.
  •            Pastikan segala aktiviti kajian dijalankan oleh murid sendiri
  •            Berbincang dengan murid tentang hsil dapatan selepas aktiviti kajian
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI KAEDAH INKUIRI

  •          Mengenal pasti topik kajian
-          Menentukan topik kajian oleh guru
-          Mendedahkan topik kajian kepada murid
-          Berbincang tujuan kajian dengan murid


  •          Merancang strategi penyelesaian
-          Meramal dan membuat hipotesis
-          Menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal-jawab


  •          Mengumpul maklumat yang berkaitan
-          Mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat, melakukan eksperimen atau membuat rujukan
-          Mencatat maklumat yang telah dikumpul

  •         Mengkaji dan menganalisis maklumat dikumpul
-          Menjadualkan dan mengelaskan maklumat
-          Menginterpretasi dan mentafsir maklumat


  •         Membuat generalisasi atau rumusan
-          Membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil pentafsiran
-          Merekodkan generalisasi atau rumusan dalam buku nota

PENGAJARAN TEMATIK

KONSEP

  •       Pengajaran tematik boleh dimaksudkan sebagai suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung berpaksikan pada satu topik atau tema yang telah ditentukan untuk dibincangkan atau dijadikan sebagai sesuatu pembicaraan. Pendekatan tematik ini sesuai digunakan dalam subjek Bahasa, Pendidikan Seni, Sejarah dan Pendidikan Moral. Terdapat tiga cara untuk menggunakan pendekatan tematik iaitu:
·         Tema dipecahkan kepada beberapa subtopik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat masing-masing.
·         Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan
·         Tema yang berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

KAEDAH BERCERITA

KONSEP

  •        Bercerita merupakan salah satu teknik atau kaedah pengajaran atau aktiviti yang diaplikasikan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan suara, imej dan suara. Inisiatif ini sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan memupuk nilai-nilai murni.
KEGUNAAN CERITA UNTUK TERAPI

  1.         Cerita mengambarkan hidup emosi dalaman
  2.         Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapan
  3.         Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif
  4.         Cerita menunjukkan tindakan dan akibat
  5.         Cerita mencerminkan keadaan manusia
  6.         Mendengar cerita membantu mempertingkatkan pengguasaan bahasa

TEKNIK BERCERITA

  1.         Harus Sensitif
  2.         Harus kreatif
  3.         Harus positif
  4.         Mengalakkan

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA

  1.        Pemilihan cerita yang menarik dan sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya harus dibuat oleh guru.
  2.      Guru perlu menghafal atau mengingat isi-isi penting yang terkandung dalam cerita tersebut sebelum sesi cerita dimulakan.
  3.       Soalan-solan untuk aktiviti susulan dan alat bantu mengajar harus dipersiapkan sebelum sesi bercerita bermula.
  4.        Murid-murid hendaklah berada dalam keadaan bersedia untuk mendengar cerita sebelum sesi bercerita dimulakan.
  5.           Guru boleh berdiri atau duduk semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan eksprei guru.
  6.           Permulaan cerita dengan nada suara yang menarik dan penuh emosi.
  7.        Mendapatkan tumpuan murid dengan melakukan pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir.
  8.       Intonasi dan variasi rangsangan memainkan peranan penting dalam penyampaian cerita mengikut watak-watak dan kandungan cerita serta memastikan suara dalam keadaan jelas dan lantang.
  9.           Kad-kad perkataan dan gambar hsrus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan kebih jelas.

BELAJAR SAMBIL MAIN 

KONSEP

  •       Main ialah satu perbuatan atau aktiviti yang menyeronokkan dan mampu memberi kepuasan kepada mana-mana individu serta memotivasikan diri untuk menjadi seseorang yang aktif. Pemilihan permainan yang hendak diadakan perlulah berpandukan minat peserta dan rela untuk menglibatkan diri dalam permainan.



TUJUAN DAN KEGUNAAN BERMAIN

  1.   Bermain dengan benda membantu kanak-kanak mencipta definis abstrak, di samping pembelajaran hukum dan prinsip, seperti prinsip pengabdian dan pengapungan.
  2.            Kanak-kanak dapat membentuk kemahiran fizikal melalui main sensorimotor dan permainan.
  3.            Kemahiran sosial kanak-kanak dapat dibentuk melalui main asosiatif dan koperatif.
  4.         Melalui main simbolik dan main sosiodramatik, kanak-kanak dapat menguasai situasi kehidupan seharian, di samping membuat persediaan untuk kehidupan dan peranan alam dewasa.
  5.            Permainan bahasa pula membolehkan kanak-kanak membentuk kemahiran literasi.
  6.            Aktiviti pegayaan seperti permainan matematik membolehkan kanak-kanak memperkukuh dan mengaplikasi kemahiran mengira dalam situasi kehidupan seharian.

KAEDAH DAN TEKNIK BERMAIN

  •        Kaedah dan teknik bermain adalah dikaitkan dengan penggunaan kaedah dan teknik mengajar seperti simulasi, termasuk main peranan dan sosiodrama, penyelesaian masalah serta tunjuk cara (Demonstrasi)

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN MAIN

  •     Langkah 1 (Perancangan)
-          Penentuan jenis aktiviti permainan
-          Penyediaan alat permainan
-          Penetapan peraturan permainan
-          Penetapan permainan


  •            Langkah 2 (Permulaan)
-          Penerangan tujuan, peraturan dan masa permainan
-          Penerangan cara permainan


  •            Langkah 3 (Permainan)
-          Murid-murid menjalankan aktiviti permainan
-          Murid mengawas, memerhati dan membimbing


  •           Langkah 4 (Penilaian)
-          Guru menilai hasil permainan
-          Guru mengumumkan keputusan permainan


  •           Langkah 5 (Perbincangan)
-          Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan yang dijalankan
-          Guru membimbing murid-murid membuat rumusan


  •           Langkah 6 (Penutup)


-          Murid-murid mencatat rumusan dalam buku nota
-          Mengutip dan menyimpan alat permainan

PEMBELAJARAN MASTERI (MASTERY LEARNING)

KONSEP

  •       Pembelajaran masteri boleh dimaksudkan sebagai kecekapan murid menguasai ilmu pengetahuan dengan baik dan lengkap. Pembelajaran dapat dikuasai oleh murid tentang subjek yang diajarkan serta mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan boleh diduga dengan kaedah pembelajaran masteri. Pengaplikasian pendekatan pembelajaran masteri berpaksikan kepercayaan bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu kemahiran atau perkara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sert masa yang mencukupi


STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI

  1.         Menentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit yang mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian
  2.     Mendidik murid-murid gunakan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan serta efektif, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.
  3.        Mengadakan penilaian melalui ujian formatif dan sumatif untuk mendapatkan hasil pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menetapkan tahap pengguasaan dan pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran- pembelajaran.
  4.      Perlaksanaan aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang belum menguasai kemhiran sepenuhnya dan berikan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang telah mengecapi objektif pelajaran dengan memuaskan.

PERSEDIAAN MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI

  1.            Merancang isi unit pelajaran dan peringkat maklum balas dengan aktiviti pemulihan
  2.            Menggubal soalan-soalan untuk penilaian sumatif

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI

  1.        Melaksanakan pengajaran-pembelajaran mengikut objektif pelajaran
  2.        Ujian formatif selepas pengajaran-pembelajaran sesuatu unit pelajaran
  3.        Pembelajaran bebas untuk murid yang telah menguasai pelajaran
  4.        Meneruskan pengajaran-pembelajaran untuk unit pelajaran yang berikut
  5.        Mengulang proses di atas hingga unit pelajaran terakhir
  6.        Penilaian sumatif





No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...