Friday, January 11, 2019

Pendekatan Pengajaran


PENDEKATAN PENGAJARAN
KONSEP
*      Mengikut Kamus Dewan (1998) pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Ia merupakan satu pandangan tentang idea utama yang hendak dibincangkan serta menjadi sebuah pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian. Dalam skop pendidikan pula membawa maksud cara untuk mendekati sesuatu bagi mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan juga boleh dimaksudkan sebagai satu formula pembelajaran yang efektif dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang telah ditentukan.

JENIS-JENIS PENDEKATAN
  1.  Pendekatan Induktif
  2.  Pendekatan Deduktif
  3.  Pendekatan Elektif


PENDEKATAN INDUKTIF
*      Suatu pendekatan pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat lalu menghasilkan generalisasi atau kesimpulan tentang sesuatu topik. Penggunaan contoh khusus dalam pembelajaran diguna pakai bagi menggalakkan murid-murid menghasilkan rumusan atau kesimpulan berpandukan sumber pengetahuan sedia ada. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing dalam memikir, mengkaji, mengenal pasti, dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh khusus bagi merumus dan membuat kesimpulan khusus.

*      JENIS-JENIS PENDEKATAN INDUKTIF:

1.      Membentuk satu kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu seperti mencari ciri segiempat yang sama daripada pelbagai jenis segiempat.
2.      Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu seperti mendapat prinsip graviti dengan ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
3.      Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu seperti mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
4.   Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem hasil tambah sudut segitiga.
5.      Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran seperti memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.



*      PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN SECARA INDUKTIF:

  1. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru haruslah menyiapkan contoh-contoh yang sesuai lebih awal untuk digunakan oleh murid merumus atau membuat kesimpulan. Selain itu, bimbingan dan soalan-soalan haruslah dibekalkan bagi membantu murid menghasilkan generalisasi yang sesuai.
  2. Memberi penerangan dan membentang isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan bukan sebahagian tugas guru dalam prinsip pendekatan induktif. Bimbingan harus diberikan kepada murid-murid melalui aktiviti soal jawab untuk mendapatkan rumusan diri sendiri.
  3. Pelbagaian dalam memberikan contoh khusus haruslah dilakukan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpastinya.
  4. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi
  5. Murid-murid digalakkan untuk memberi contoh-contoh yang serupa selepas contoh-contoh khusus yang ditunjukkan oleh guru selesai.
  6. Penyampaian satu demi satu contoh amat digalakkan bagi menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah.
  7. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.
  8. Penglibatan penggunaan deria-deria murid khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh merupakan salah satu aktiviti pembelajaran secara induktif.
  9. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.


*      LANGKAH-LANGKAH STRATEGI PENGAJARAN DENGAN PENGGUNAAN PENDEKATAN INDUKTIF:

PERINGKAT 1 (Perancangan)
v  Menentukan objektif pelajaran
v  Menyediakan contoh-contoh
v  Menyediakan soalan-soalan
v  Menyediakan alat bantu mengajar

PERINGKAT 2 (Pendedahan)
v  Set induksi
v  Mengemukakan contoh-contoh khusus
v  Memerhati contoh-contoh khusus

PERINGKAT 3 (Mentafsir ciri-ciri)
v  Mengenal pasti ciri-ciri
v  Menganalisis ciri-ciri



PERINGKAT 4 (Pembentukan kesimpulan)
v  Merumuskan ciri-ciri
v  Membuat generalisasi
v  Menerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori atau teorem

PERINGKAT 5 (Penutup)
v  Membuat kesimpulan kognitif
v  Membuat kesimpulan sosial
v  Memberi aktiviti susulan

PENDEKATAN DEDUKTIF
*      Suatu pendekatan pengajaran yang bermula daripada satu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peratutan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Murid yang berpengetahuan lengkap serta mampu menentukan rumus, prinsip, hukum, teorem, atau peratutan yang telah dipelajari dengan sepenuhnya untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus diperlukan untuk mengadakan atau menggunakan pendekatan deduktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembimbing murid iaitu guru berperanan untuk membantu murid mengingat kembali rumus, hukum, prinsip, teori atau teorem yang berkaitan agar membolehkan mereka mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah atau mendapatkan rumusan yang baru. Guru perlu menjelaskan kepada murid-murid objektif pelajaran yang hendak dicapai pada peringkat awal iaitu sebelum penggunaan pendekatan deduktif.

*      PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN SECARA DEDUKTIF:

  1.  Pada peringkat awal, masalah atau hipotesis perlu didedahkan atau ditunjukkan terlebih dahulu.
  2.  Guru perlu memberi bimbingan kepada murid-murid untuk mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyiapkan tugasan, menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
  3.  Pengguasaan atau kefahaman secara mendalam amat diperlukan untuk menghasilkan kesimpulan, teori, prinsip dan generalisasi bagi menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis.
  4. Penggunaan sesuatu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang dipelajari tidak  terhad dalam menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis.
  5. Peranan guru adalah menjadi pembimbing kepada murid dalam menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis melalui aktiviti soal-jawab sehinga mereka mampu menyelesaikan masalah sendiri.


PENDEKATAN ELEKTIF
*      Pendekatan elektik adalah hasil gabungan daripada pendekatan- pendekatan yang disatukan menjadi suatu strategi untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Subjek sains dan matematik merupakan mata pelajaran yang sesuai mengaplikasikan pendekatan elektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri hasil daripada gabunggan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Penyatuan dua pendekatan ini kerap dan fleksibel digunakan menjadi satu strategi pengajaran untuk merumus, konsep, dan teorem sains atau matematik. Aktiviti secara kumpulan khasnya semasa menajalankan aktiviti pemulihan dan pegayaan secara serentak sesuai menggunakan pendekatan elektif sebagai startegi pengajaran di dalam bilik darjah. Guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan dan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengayaan manakala kumpulan yang menjalankan aktiviti pemulihan menggunakan strategi pemusatan guru.


No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...