STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI
Mengikut
Kamus Dewan (1998) mengatakan bahawa strategi membawa maksud rancangan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Maksud lain strategi pengajaran
dan pembelajaran ialah cara, langkah atau tindakan yang perlu dilaksanakan bagi
mengecapi objektif pengajaran dan
pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran
lebih tertumpu dan mefokuskan akan pencapaian atau hasil pembelajaran.
BERPUSATKAN GURU
Dalam
skop ini, guru merupakan seseorang yang perlu memainkan peranan utama dalam
menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah. Seluruh aktiviti yang dijalankan dan
sesi pengajaran hanya tertumpu di atas bahu guru yang mengajar. Oleh itu,
individu yang bergelar guru perlu bersiap sedia dan menguasai pelbagai jenis
strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk mengawal
serta mewujudkan iklim bilik darjah yang selesa dan selamat untuk murid-murid.
Sesi pengajaran dan pembelajaran ini hanya menggunakan interaksi sehala yang
mana murid-murid hanya mendengar setiap penerangan guru di dalam bilik darjah.
Strategi ini kurang membantu untuk melahirkan modal insan seimbang dari segi
intelektual, rohani, jasmani, emosi dan sosial.
Ciri-ciri
strategi pemusatan guru:
1.
Guru
2.
Mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran
3.
Interaksi
guru dan murid adalah sehala
4.
Ciri
kepimpinan guru adalah bersifat autokratik
5.
Penyebaran
ilmu lebih di utamakan daripada perkembangan nilai murni
BERPUSATKAN MURID
Murid
adalah seseorang yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh
guru ketika pembelajaran di dalam bilik darjah. Strategi ini memfokuskan murid
sebagai individu yang utama dalam menjayakan dan menjamin kelancaran sesuatu
aktiviti. Guru merupakan individu yang akan memantau dan membimbing murid
supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkualiti.
Ciri-ciri
strategi pemusatan murid:
.
Murid
memainkan peranan yang penting
.
Murid
digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran
3 .
Ciri
kepimpinan adalah bersifat demokratik
4 .
Interaksi
dua hala merupakan cara komunikasi berlaku
5 .
Objektif
pembelajaran murid merupakan perkara yang utama
6 .
Murid
menunjukkan sifat kreatif
BERPUSATKAN BAHAN
Startegi
ini adalah salah satu inisiatif guru untuk membantu murid-murid memahami sesebuah
topik pelajaran serta menarik minat supaya mereka tidak merasa bosan dan jemu
dalam menuntut ilmu. Pembelajaran berpusatkan bahan juga salah satu cara atau
kemudahan bagi guru menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif , menarik dan
mudah di bina seperti Buku skrap, modul, audio-visual atau penggunaan
projektor.
Ciri-ciri
strategi berpusatkan bahan:
1 .
Bahan
pelajaran memainkan peranan utama
2 .
Komunikasi
berlaku antara guru dan bahan
3 .
Menumpukan
kepentingan kognitif atau sumatif
No comments:
Post a Comment