RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru :
Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran :
Ibadat (Darjah 2)
Kelas :
2 Syafie
Tarikh :
4 Februari 2019
Masa :
2.30-3.00 Petang
Bilangan :
49 Murid
Tajuk :
Solat
Kemahiran :
Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul, dan Berfikir
Kaedah : Penerangan, Soal- Jawab, Syarahan dan
Didik Hibur.
Pengajaran Sedia Ada :
Murid mengetahui bacaan bacaan dalam solat di peringkat Sekolah.
Hasil Pembelajaran :
1. Menyebutkan 3 rukun solat.
2. Menyenaraikan 2 hikamah solat.
3. Tuliskan lafaz niat solat subuh dan solat
solat maghrib.
Kemahiran Berfikir :
Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai :
Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan bersyukur
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, LCD, Komputer riba dan
Kad Imbas
Langkah/
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Pendahuluan
(2 Minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa.
(بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
|
1. Guru meminta murid-murid untuk
membaca doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
|
Nilai:
1. Khusyuk
|
Set
Induksi
(5
Minit)
|
1. Apakah kaitan atau maksud replika kaabah dan sejadah dengan
tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Haji
2. Tahukah murid-murid solat merupakan salah satu senaman kepada
tubuh badan kita? Andaian jawapan: Tidak tahu
3. Adakah sah hukum solat memakai topi di kepala? Andaian
jawapan: Tidak
|
1. Guru berlakon solat serta menunjukkan replika dan bahan maujud kepada
murid-murid.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang
hendak di pelajari.
|
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran
Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
3. Berpusatkan bahan
Pendekatan:
Deduktif
Nilai:
1. Berani
2. Yakin
3. Bersungguh-sungguh
|
Langkah
1
(5
Minit)
|
A. Rukun solat ada 13 iaitu:
1. Niat
2. Qiam
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk serta tama’ninah
6. I’ktidal serta tama’ninah
7. Sujud serta tama’ninah
8. Duduk antara dua sujud serta tama’ninah
9. Duduk ketika membaca
tahyat akhir
10. Membaca tahyat akhir
11. Membaca selawat ke atas Nabi dalam tahyat akhir
12. Salam yang pertama
13. tertib
|
1. Guru menerangkan rukun-rukun solat kepada murid-murid menggunakan bahan bantu
mengajar iaitu slaid.
2. Guru meminta murid-murid menyelesaikan teka silang kata rukun
solat yang diberikan kepada setiap murid.
3. Guru memberikan ganjaran kepada murid-murid yang menyelesaikan
teka silang kata tersebut dengan baik.
|
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.
Strategi:
1. Berpusatkan guru.
2. Berpusatkan bahan
Teknik:
Main sambil belajar
Nilai:
1. Rajin
2. Bersungguh-sungguh
3. Yakin
|
Langkah
2
(8
Minit)
|
B. Bacaan dalam solat
1. Lafaz niat:
- Solat zuhur
- Solat asar
- Solat maghrib
- Solat isyak
- Solat subuh
2. Takbiratul Ihram
3. Doa Iftitah
4. Surah al-Fatihah
5. Bacaan rukuk
6. Bacaan I’ktidal
7. Bacaan sujud
8. Bacaan duduk antara dua sujud
9. Bacaan tahyat awal
10. Bacaan tahyat akhir
11. Bacaan doa Qunut
|
1. Guru menjelaskan tentang bacaan dalam solat menggunakan bahan
bantu mengajar iaitu video versi kartun.
2. Murid-murid menghayati terhadap tajuk yang diajarkan oleh
guru.
3. Guru meminta murid-murid untuk meghafal bacaan dalam solat di dalam
kelas dengan bimbingan guru.
4. Setiap murid perlu tampil ke hadapan guru untuk sesi tasmik
hafalan bacaan dalam solat.
5. Murid akan diberikan hadiah kepada yang berjaya menghabiskan
hafalan dengan baik.
|
Kemahiran Berfikir:
Murid menghayati serta mampu mengeluarkan idea sedia ada.
Strategi:
Berpusatkan bahan
Teknik:
Menghafal dan Tasmik
Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Displin
3. Hayati
|
Langkah
3
(7
Minit)
|
C. Hikmah solat
1. Membentuk jiwa supaya tunduk, patuh beriman dan bertaqwa
kepada Allah
2. Melatih diri supaya bersifat sabar
3. Menghindarkan diri daripada melakukan kejahatan dan maksiat
4. Memberi kesihatan pada tubuh badan
5. Mendisplinkan diri supaya menjaga waktu
6. Menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah.
|
1. Guru menerangkan hikmah solat kepada murid-murid berpandukan
kitab.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada
3 orang bagi membincangkan hikmah bersolat.
3. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan ideanya dengan cara
berlakon.
4. Guru memantau dan memberi bimbingan kepada murid-murid.
|
Kemahiran Berfikir:
Murid menaakul dan memahami apa yang dipelajarinya.
Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
Teknik:
Didik-Hibur
Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Kerjasama
|
Penutup
(3Minit)
|
1. Solat mampu mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
2. Doa adalah senjata orang islam yang paling berkesan dalam
mana-mana situasi sekalipun.
3. Salah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan oleh
manusia ialah Solat.
|
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang
dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
|
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.
Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati
|
Catatan refleksi: Saya berasa
bersyukur kerana sesi pengajaran dan pembelajaran harini dapat menarik minat
dan murid-murid memberikan tumpuan sepenuhnya walaupun terdapat sedikit masalah
daripada segi set soalan yang tidak mencukupi. Oleh itu, saya akan membuat
penambahbaikkan pada masa akan datang.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:
Disediakan
oleh: Disahkan
oleh,
………………....................... ….……………………………
(HAJAH
MALEHA BINTI HJ LAUTO)
|
(MUHAMMAD
SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)
|
No comments:
Post a Comment