Friday, January 11, 2019

RPH 9


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru                             : Muhammad Sabiq Jafni Bin Kasmuni
Mata pelajaran                        : Ibadat (Darjah 2)
Kelas                                       : 2 Syafie
Tarikh                                     : 3 Februari 2019
Masa                                       : 2.30-3.00 Petang
Bilangan                                 : 49 Murid         
Tajuk                                      : Solat
Kemahiran                             : Membaca, Mendengar, Menulis, Menaakul,dan Berfikir
Kaedah                                  : Pengajaran Modul, Pemudahcaraan, Kerja Kumpulan dan Penerangan.
Pengajaran Sedia Ada           : Murid mengetahui amali solat di peringkat Sekolah.           
Hasil Pembelajaran                : 1. Menyebutkan pengertian solat.
                                                  2. Menyenaraikan 5 waktu solat fardhu.
                                                  3. Tuliskan 3 syarat wajib solat.
Kemahiran Berfikir                : Soal jawab, merumus dan mereka cipta
Penerapan Nilai                      : Khusyuk, bertanggungjawab, rajin, displin, patuh dan bersyukur
Bahan Bantu Mengajar          : Buku teks, LCD, Komputer riba dan Kad Imbas

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Pendahuluan (2 Minit)
Ucapan salam dan bacaan doa.

(بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين)
1. Guru meminta murid-murid untuk membaca  doa.
2. Guru dan murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.
Nilai:
1. Khusyuk



Set Induksi
(5 Minit)
1. Apakah kaitan atau maksud gambar lelaki memakai jubah berkopiah dan perempuan yang memakai telekung dengan tajuk dalam pembelajaran kita? Andaian jawapan: Pakaian solat
2. Tahukah murid-murid perempuan tidak digalakkan untuk solat di masjid? Andaian jawapan: Tidak tahu
3. Adakah sah solat berjemaah yang di imamkan oleh kanak-kanak? Andaian jawapan: Ya
1. Guru memaparkan gambar-gambar mengunakan slaid pada papan putih.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan.
3. Murid-murid cuba menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan tajuk yang hendak di pelajari.
Kemahiran Berfikir:
Membuat perkaitan Sumbang-saran

Strategi:
1. Berpusatkan murid
2. Berpusatkan guru
3. Berpusatkan bahan

Pendekatan:   
Deduktif

Nilai:
1. Berani
2.Yakin
3. Bersungguh-sungguh



Langkah 1 
(10 Minit)
A. Pengertian solat
- Pada bahasa: Doa
- Pada syarak: Beberapa perkataan dan perbuatan yang di mulakan dengan takbiratul Ihram dan di sudahi dengan salam.
- Hukum: Wajib fardhu ain ke atas lelaki dan perempuan yang baligh lagi berakal.
1. Guru menjelaskan pengertian solat kepada murid-murid melalui bahan bantu mengajar iaitu Kad Imbas.
2. Guru menyoal murid-murid hukum menunaikan solat fardhu.
3. Guru membimbing dan membetulkan kefahaman murid yang kurang tepat.
Kemahiran Berfikir:
Memahami serta ingat apa yang disampaikan oleh guru dengan tepat.

Strategi:
1. Berpusatkan guru

Teknik:
Pemudahcaraan

Nilai:
1. Patuh
2. Berani
3. Yakin






Langkah 2
(5 Minit)
B. Waktu solat fardhu
1. Solat zuhur:
- Dari gelincir matahari sehingga bayang-bayang samada panjang dengan objeknya.


2. Solat asar:
- Apabila bayang-bayang lebih panjang daripada objeknya sehingga terbenam matahari.
3. Solat maghrib:
- Setelah terbenam matahari sehingga hilang awan merah di kaki langit.
4. Solat isyak:
- Setelah hilang awan merah di kaki langit sebelah barat hingga terbit fajar sodiq.
5. Solat subuh:
- Setelah terbit fajar sodiq hingga terbit matahari


1. Guru menjelaskan kepada murid waktu-waktu solat fardhu menggunakan slaid.
2. Guru membahagikan murid dalam kumpulan yang terdiri daripada 2 orang menuliskan 5 waktu solat fardhu dalam kertas A3 mengikut kretiviti masing-masing.
3. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerjanya menggunakan pengetahuan sedia ada dan dibimbing oleh guru.
Kemahiran Berfikir:
Murid menghayati serta mampu mengeluarkan idea sedia ada.

Strategi:
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan bahan

Teknik:
Kerja kumpulan

Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Berani
3. Kreatif



Langkah 3
(5 Minit)
C. Syarat wajib solat
1. Islam
2. Baligh
3. Sempurna
4. Sejahtera pancaindera
5. Berkeadaan sedar
6. Suci daripada haid dan nifas
1. Guru menerangkan syarat-syarat wajib solat kepada murid-murid melalui bahan bantu mengajar iaitu Kad Imbas.
2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan syarat-syarat wajib solat fardhu.
3. Murid-murid menghayati pelajaran yang di ajarkan oleh guru.
Kemahiran Berfikir:
Murid menaakul dan memahami apa yang dipelajarinya.

Strategi:
1. Berpusatkan bahan
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan guru

Teknik:
Syarahan

Nilai:
1. Rajin
2. Patuh
3. Kerjasama


Penutup
(3Minit)
1. Wajib solat bagi lelaki dan perempuan yang telah baligh lagi sempurna akalnya.
2. Solat merupakan satu alat komunikasi manusia dengan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.
3. Waktu solat fardhu ialah zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh.
1. Guru meminta murid-murid untuk mengulangkaji semula apa yang dipelajari hari ini.
2. Guru memberikan beberapa nasihat kepada murid-muridnya.
Kemahiran Berfikir:
Merumus pembelajaran yang telah dipelajari.

Nilai:
1. Kesedaran diri
2. Menghargai
3. Menghayati



Catatan refleksi: Saya berasa gembira kerana sesi pengajaran dan pembelajaran harini dapat menarik minat dan membuat murid-murid untuk berfikir aras tinggi  walaupun terdapat 3 orang murid yang bermain di belakang kelas. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikkan dan memindahkan 3 orang murid tersebut ke hadapan kelas agar mereka dapat mengubah sikap menjadi lebih baik.
Ulasan pensyarah guru pembimbing:

            Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh,

(HAJAH MALEHA BINTI HJ LAUTO  )
……………….......................                                                 ….……………………………

(MUHAMMAD SABIQ JAFNI BIN KASMUNI)
                                                           


No comments:

Post a Comment

RPT ( SYAFIQ )

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SIRAH TAHUN 5 SEMESTER MINGGU TAJUK KEMAHIRAN NILAI ...